Assalamualaikum …
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian
Alam.
Lamanya tak update blog. Saya nak update sikit ja.
Saya selalu buat tahlil untuk arwah emak dan arwah ayah.
Kalau saya baca Al Quran dan berzikir sekali pun saya sedekahkan juga untuk
mereka “di sana.”
Selepas emak pergi, saya mimpi arwah ayah sekali dan emak dua
kali. Mimpi paling terkesan dalam hati
ialah semalam. Saya mimpi arwah emak. Saya pakaikan emak telekung dan kain
sembahyang dan hamparkan sejadah untuk emak bersolat. Emak solat duduk sebab
lepas arwah x boleh jalan , emak memang sembahyang duduk.
Selepas sembahyang emak cakap dengan saya. Dia suruh saya
ambilkan Al-Quran dan dia nak baca Surah Al Asr. Demi masa….
IMAGE AMBIL DARI GOOGLE IMAGE
|
Kemudian saya cium tangan dia, saya mohon ampun dan maaf dan
saya peluk dia..saya cakap saya rindu dan sayang emak. Emak cakap dengan saya
kalau sayang berhenti kerja..Tiba-tiba saya teringat mungkin sebelum dia
meninggal saya berhenti kerja untuk jaga dia. Saya terjaga dan waktu Subuh rupanya
dan saya dengar Encik Firdaus tengah baca Al Quran. Saya terus ambil air
sembahyang dan bila saya menghadap sejadah saya, saya sebak. Say baca sura Al
Asr juga masa sembahyang Subuh tadi.
Dua hari lepas mimpi jumpa arwah ayah. wajah ayah gembira
sambil cakap “Kita kena kebumikan arwah emak cepat ni.” seolah-olah ayah sedang
uruskan pengkebumian emak.. Saya Cuma cakap “Ayah, jangan lupa sampaikan salam
saya pada arwah emak. Ayah cakap, “InsyaAllah”..Saya terus terjaga.
Saya ambil kebaikan dari mimpi saya ini. Mungkin arwah emak
ingin ingatkan saya bahawasanya masa kita singkat di muka bumi ini, jadi
buatlah amalan sebanyak mungkin sebelum kita meninggal. Mimpi memang mainan
tidur. Tapi jika mimpi itu membawa kebaikan dan membuatkan kita lebih semangat
untuk buat amalan kebaikan , maka itu adalah baik.
Apa yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk datang
daripada diri saya sendiri. Sekian.
Bagus ingatan ni... sedihnya kehilangan mak ayah..akak ni kuat semangat... banyak sedekahkan ayat ayat suci kepada aewah, bagus..sejuk roh arwah kat sana...
ReplyDeleteKuatkan semangat ye..mak ayah pasti nakkan ank2nya kat sini sihat dan bahagia selalu...
Al-fatihah. TErubat rindu kan intan even dpt jumpa dlm mimpi.
ReplyDeleteTersentuh saya baca n3 kak intan. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah.
ReplyDeletekata org, kalo kita mimpikan arwah bermakna kita terlalu rindukan dia.. dan dia tahu.. sbb tu dia dtg jumpa kita dlm mimpi.. deqla pernah juga mimpi arwah ayah.. dlm mimpi tu, deqla sungguh2 bgtau arwah ayah yg deqla dah selmt nikah.. (sbb arwah meninggal 2 minggu seblm deqla nak nikah), pas tu arwah senyum dan berlalu pergi.. deqla menangis x bagi arwah ayah pergi, sedar2 deqla menangis betul2.. T_T
ReplyDeletewalaupun cuma mimpi, tapi terubat juga rindukan..
ReplyDeleteal-fatihah buat arwah..
Ya Allha sebaknya Ros baca ni kak.. sabar ye kak.. Al Fatihah..
ReplyDeletemimpi tu amat bermakna kan kak.. Akak dapat jumpa jugak walau di alam mimpi.. Terima kasih untuk perkongsian yang baik ni kak..
salam kak... lama jgk akak myepi... alfatihah tuk kedua2 arwah... harap kak intan terus sabar dan tabah... =)
ReplyDeleteAkk pulak yg sedih.
ReplyDeletekita yg hidup ni, jgn leka dan siap sedia mengumpul bekalam untuk hari kemudian.
ReplyDeleteal fatihah buat semua yg telah mendahului kita, ada orng kata kalau kita jumpa arwah mak bapa kita maksudnyer umur kita panjang wallahualam lah !
ReplyDeleteterubat rindu jumpa mereka dlm mimpi kan..mg mereka aman di sana
ReplyDeleteAi pernah juga mimpi arwah mak..selalu kalo dah terlalu rindu tu mesti mlm tu mimpi..rs rindu tu smp xtahu nk cakap mcm mn kan k.Intan kan..sakitnya rs rindu Allah sj yg tahu..
ReplyDeleteAl-fatihah
Alfatihah buat arwah mak dan ayah akak .
ReplyDeleteDisebalik mimpi tuh ada kebaikkannya ;)
sebak saya baca, saya masih ada mak n ayah.. tak dapat bygkan kalau dorang tiada di sisi saya lagi..
ReplyDeleteterma kasih atas perkongsian ini :)
salam k.intan..
ReplyDeletesemoga arwah ibu & ayah diampunkan segala dosa & ditempatkan dikalangan hambanya yg solihin..
alhamdulillah...
walau cuma dalam mimpi mesti terubat rindu akak kan..
ReplyDeletesori kak lama tak datang sini.. harap akak sihat2 selalu.. :)
as salam intan, apa khabar intan sekarang..akak tak sempat nak bw sini,
ReplyDeletesebak baca entry ni..
akak pun kerap juga mimpikan arwah mak,
terubat rindu..
yang last sekali akak mimpi mak sandar kat bahu akak..rasa macam betul2 berlaku..tabahkan hati ya intan..moga kita kuat semangat utk teruskan hidup ni
sayu terasa bila baca ntri ni..sabar ya dik..moga terubat rindu walau hanya jumpa dalam mimpi..
ReplyDeletesinggah dtg blog intan yer !
ReplyDeleteYa Allah.. smpai macam tu sekali mimpi yang sampai pada akk kan.. insyaAllah.. semua tu peringatan pada kak intan untuk semua kawan2 supaya kita jgn terleka kan kak..
ReplyDeleteselalaunya kita mimpi seseorang sbb kita rndu org tu..
ReplyDeleteada juga org kata klu kita mimikan org yg dh meninggal,maknanya aruah mahukan kita berda untuk aruah..
Wallahhualam