Salam semua!! Haiii..mesti
berkobar-kobar korang nak raya kan kan? Saya ala kadar ja…serius this year
simple sahaja..
Ok, semalam saya ada plan
nak masak sup kimchi dan bibimbap kan. Saya masak memang saya olah version saya
ya. Untuk nasi bibimbap saya guna bahan yang mana ada ja ya. Kalau ikutkan nasi
ni banyak guna sayur-sayuran. Tapi saya ada pun x banyak. So simple ja. Semalam buka puasa makan ni lah..hehe
Seperti yg saya janjikan,
ini lah resipinya.
SUP
KIMCHI DAGING LEMBU
Bahan-bahan:
Kimchi ( boleh didapati di
pasar raya seperti Giant, Tesco dan lain-lain)
Daging lembu
Cili padi (saya tambah
sendiri untuk dapatkan kepedasan)
Sedikit cuka
Gula
Garam
Serbuk pati ikan bilis
Cara-cara masaknya:
- Ambil daging dan masukkan air juga ke dalam periuk
- Kemudian masukkan kimchi (agak-agak ..nak lebih masuk lebih)
- Masukkan cili padi (tak perlu potong, just ketuk2 ja)
- Masukkan sedikit cuka, gula , garam dan serbuk pati ikan bilis secukup rasa
- Tutup periuk dan biarkan mereneh. Agak2 daging dah empuk ok lah. Tutup api dan hidangkan.
NASI
BIBIMBAP (VERSI SAYA)
Bahan-bahan:
Nasi
Daging kisar @ daging burger
yang dihancurkan
Terung dihiris nipis
Tauhu
Bawang putih
Black pepper
Gula
Garam
Serbuk pati ikan bilis
Telur
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasaknya:
- Masak nasi
- Goreng telur mata kerbau. Ketepikan.
- Terung digoreng. Semasa goreng terung taburkan black pepper dan garam. Ketepikan
- Goreng tauhu. Garing. Ketepikan.
- Tumis bawang putih. Masukkan daging kisar @ daging burger hancur. Masukkan lada hitam, sedikit garam dan gula dan serbuk pati ikan bilis. Goreng seketika sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan sedikit nasi dalam mangkuk. susun semua bahan-bahan yang digoreng tadi dengan cara anda. Boleh juga letak sedikit kimchi yang beli tadi di atas nasi.
Pilihan lain, anda boleh
hiris nipis nipis lobak merah, timun jepun atau sayur-sayur lain yang anda
inginkan. Olahkan sendiri resepi anda! hehe…
Cara makan:
Gaul semua bahan-bahan tadi
dengan nasi. Makan dengan sup kimchi daging!..Saya suka! Mungkin sesetengah
orang x suka kimchi jadi mungkin boleh tukar kepada sup tomyam kan! Yang
penting selera anda.
tunjuklah pic kimci, maklum le org kg.. hihihi
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeletesedap ni!
ReplyDeletebaru hari ni dengar kimchi. cam no rupa dia yer. nanti nak google.
ReplyDeletealamakk.. pelik2 je deqla tgk..hahaha.. nmpk dgt deqla ketinggalan.. kimchi pun tak tau sebnrnya... ;p
ReplyDeleteNmpk mcm sedap jerk.. :P
ReplyDeleteboleh cuba ni nanti ;)
ReplyDeletesalam k.intan...
ReplyDeletetu dia k-pop version malaysia style.. eheh,, rajin akak olah menu sendiri.. wajib cuba! tungguuuu... :)
tenkiu share recipe yer.. :)
sedapnya...terliur tengok...
ReplyDeletekimci yg org korea makan tu ker
ReplyDeleteterliur nur tgk...
ReplyDeletesambil mkn feeling ala2 korea kan kak.. :)
wah makanan korea ni..akak tak penah try pun
ReplyDelete