Sunday, 28 April 2013

KERABU RUMPAI LAUT DENGAN TUNA


Bahan-bahan: 

  • Rumpai laut purple dipotong kecil2  (rendam semalaman, jangan lupa bilas airnya beberapa kali) 
  • sebelum potong rumpai laut tu saya lalukan air suam pada rumpai laut tu baru potong. 
  • Tuna dalam air (tin) -alternatif lain boleh guna ikan rebus, kerang, atau apa sahaja yg korang rasa sesuai)
  • Cili padi dipotong halus
  • Daun bawang - (alternatif lain boleh guna bawang besar potong nipis atau apa saja jenis daun ulaman)
  • Taugeh
  • Kerisik
  • Serbuk pati ayam
  • Racik sedikit kulit Lemon halus
  • Perahan air lemon (boleh guna limau nipis juga)
  • Garam /gula
  • Black pepper

Cara-cara:
  • Gaulkan semuanya sekali!! 
  • Boleh makan macam tu saja
  • Boleh makan dengan roti
  • Boleh makan dengan nasi
  • Kalau x nak makan lagi , boleh simpan dalam peti ais. Kalau buat maggi goreng , boleh makan dengan kerabu ni juga..
  • Encik firdaus yg x suka makan rumpai laut ni jadi suka dan serius x ada hanyir dah. 


Tips saya :
  • Jika memasak , jangan terikat dengan resipi. Anda ciptakan resipi sendiri berasaskan bahan yg ada. Kita yang memasak. Bukan bahan memasak yg kontrol kita:))
  • Dan lagi satu jangan takut untuk mencuba bahan2 yg baru. Dan jangan anggap pelik sebab semua masakan manusia yg cipta so we can create sendiri our own menu! rite??

*****
*****
*****



Rumpai laut ini saya ada jual juga sebab MIL saya bawa balik dr Sabah. Jadi 100 gram sepeket . Tapi saya guna sedikit ja sebab rumpai laut n kan ceepat kembang. Memang x abes makanlah semua 100 gram tu. 

ni lah kerabu rumpai laut dengan tuna saya


boleh makan dengan roti serat juga

14 comments:

  1. akak ada speket color purple cousin bagi dari sabah..tak sempat wat pape lagi..thanks sharing the menu :)

    ReplyDelete
  2. Amboi menariknya, kreatif kak intan.. Saya pun nk try lah juga.. Dah berminggu rumpai laut tu bertapa dlm peti sejuk saya...

    Kalau tahu ada teknik mempelbagaikan makanan macam ni dh lama abis rasanya..

    ReplyDelete
  3. sedapnya.. akakpun nak cubalah sbb kat umah ada sikit stok

    ReplyDelete
  4. bleh la buat time cuti2 :))

    ReplyDelete
  5. nmpak sedap jer ni kak...bole lah cuba juga ni

    ReplyDelete
  6. sedappp.. serius akak memang kreatif bab masak2. ;)

    happy working kak.

    ReplyDelete
  7. menarik nih...nampak sedap tu

    ReplyDelete
  8. Salam K.Intan.
    mmg teror akak ni dlm mencipta resepi2 baru..
    sungguh cma rasa jakun disini..

    selamat mencuba buat mereka yg penggemar rumpai2 laut

    ReplyDelete
  9. ehh bole gak pelbagaikan mcm ni eh.. deqla x penah rasa rumpai laut ni... sedap eh kak??

    ReplyDelete
  10. Akak..hari ni saya berbuka puasa dgn menu ni....sdg buat ni..amik resepi

    ReplyDelete