Sunday, 9 December 2012

TIPS BUAT SAMBAL TUMIS (TAHAN LAMA) DAN UNTUK PELBAGAI GUNA

Salam semua.  Hari ini saya nak share sedikit ilmu masak ..(kah kah..gaya macam chef je ) .ni saya buat sebab dulu saya buat meehun goreng (bungkus( setiap hari untuk letak di sebuah kiosk di sebuah menara di opis encik somi saya di KL. Lepas tu saya stop sebab penat sangat mana nak tumpu pada opis lagi.. hehe...tapi saya memang minat masak. Arwah abang memang chef dulu. Arwah abah dengan mak memang masak ..dulu ada kedai makan..huhuhu...ada la sikit2 turun dekat saya..keh keh..:P

OK, sape yg suka makan sambal tumis mesti suka yg cili kering kita blend sendiri kan, x suka yg beli cili boh kan kan. Ni boleh buat kuantiti yang banyak dan simpan. Boleh guna untuk tumis buat meehun goreng, mi goreng , lauk pauk dan sebagainya.

Bahan-bahan:
cili kering blend
bawang putih
bawang merah ( saya lebih suka bawang merah daripada bawang besar sebab aroma dia sangat wangi)
air asam jawa
garam
gula
minyak

Lepas tumis bawang, masukkan cili.
Lepas pecah minyak, masukkan air asam jawa
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa

Kalau rasa x sedap maksudnya kurang masin ke, kurang manis ke, terlebih pedas ke, TAK MENGAPA.. sejukkan sambal tadi. Kemudian, masukkan dalam bekas tupperware, simpan dalam peti sejuk. 

Bila nak buat sambal, cedok dalam bekas dalam 3 , 4 sudu besar. Tumis bawang merah putih, dan masukkan sambal yang disejukkan tadi. Bubuh garam gula dan biarkan seketika. Nak masuk ayam goreng ke, ikan goreng ke, bilis ke...atau nak masak apa je yg guna sambal tumis ni boleh cedok je sambal yang kita sejukkan. Tak percaya? cuba try


33 comments:

  1. Bleh la M try nanti..mudah gak yek buat banyak2 simpan dlm peti sejuk...nak guna panaskan ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a;ah M...simpan dan buat banyak..nak buat sikit malas pulak rasa..huhu

      Delete
  2. sy suka makan je..masak malas..bukan malas tp xreti haha

    ReplyDelete
  3. setuju dikk
    gud tips
    lepas tuu nak grg nasi guna sambal tuu pun dah sedap kan .. akak kalau rajin buat macam tu lah ;)

    ReplyDelete
  4. singgah follow sini dr blog kak m :)

    ReplyDelete
  5. tak pernah masak sambal tumis.kalau tolong masak tu adelah..bolehlah nak gune tips akak ni kan.

    ReplyDelete
  6. mesti akak terer masak kan. sedap la kalau guna sambal tumis yg fresh mcm ni. selalu guna cili giling instant je. :)

    akak, thanks tau. hadiah dah sampai. suka sangat. tunggu reviewnya nnti. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..cikna..biasa2 je...akak cuma x suka cili boh..rasa dia macam x boleh masuk tekak..hehe..ye ke dah sampai..Alhamdulillah..

      Delete
  7. memang taj suka cili bo. tips yg bagus

    ReplyDelete
  8. ye ke..dah pegi..tp x ada pon...cuma cakap page ni does not exist

    ReplyDelete
  9. sedapppnyaa..nice sharing..rajin masak ek..

    ReplyDelete
  10. sy mmg org alor star,akak org kedah ke??kedah area mana??

    ReplyDelete
  11. tips yang bagus. lepas ni bolehlah miza praktikkan :)

    ReplyDelete
  12. Akak~! aina pun x suka cili boh. Lagi suka cili kering blend sendiri. =) simpan dalam peti sejuk. tahan lama.

    ReplyDelete
  13. senang kalau rushing nak masak terus capaiiii je kan kak intan!

    ReplyDelete
  14. boleg gak cuba ni...saya mmg gemar sambal...

    ReplyDelete
  15. bese buat sambal bilis..memang tahan sebulan...

    ReplyDelete
  16. wahhhh...tq kak intan, gud info...

    ReplyDelete
  17. kak intan mak wani pun buat cmni juga...simpan dlm fridge..nk guna senang kan

    ReplyDelete
  18. mak kina pom elalu buat..dan memang mudah bila na masa cepat2..:)

    ReplyDelete
  19. bagus tips ni... munna mmg masak wajib ada sambal tapi bila time nak blend cili malas sgt .... bagus juga mcm mudah di buatnya

    ReplyDelete
  20. bagus ni. boleh try.. kak, selalunya tahan berapa lama dalam petia ais sambal ni?..

    ReplyDelete
  21. Senang buat banyak2 sekali harung. Bila nak masak boleh gunakan terus

    ReplyDelete