|
Ni lah hasilnya. Ayam Masak Serai Kicap dan Cili Kering. |
Apa kaitan tajuk di atas dengan entry yang bakal saya buat ni? hehe..serius ja bunyinya kan? tapi sebenarnya nak citer malam ni saya masak per je..haha...Sebelum tu saya ada buat sup ayam dan makan dengan mi..kira mi sup la jadinya...lepas tu pagi tadi ada lagi lebihan daging ayam dalam sup tu. Kuahnya dah tak ada dah jadi saya fikir boleh ambil isinya dan buat masakan lain. Saya ambil dan toskan isinya. Lepas tu potong bawang putih, bawang merah, cili kering, halia dan serai. Lepas tu tumis sehingga naik bau. Lepas tu masukkan ayam tadi. Biar seketika.Kemudian, masukkan sedikit kicap, sos cili, gula dan garam. Kacau. Selepas dah sebati dan biar seketika. Tutup api dan hidangkan! haaaa... jangan membazir..hehe.. sebab ada lagi orang-orang yang terpaksa berlapar sebab kebuluran.:)
saya pon selalu gak buat macam ni kak.
ReplyDeletekalau kuah apa2 tak habis mcm msak kicap ke, kuah sambai ke.. saya tumis buat mee atau bihun goreng ;)
itu la kan bila terkenangkan mereka² y kbuluran rasa sedih pulok tp selalu je sy mkn tak abess.huhuuu
ReplyDelete