Followers

Wednesday 31 July 2013

BURGER TUNA (HOME MADE)

Bahan-bahan:
Tuna dalam tin . (tuna kosong ja. X mau yang ada mayonis bagai)
Serbuk roti
Sebiji telur
Black pepper
mayonis
salad (bawang besar, tomatod dan daun salad)
Telur untuk buat telur mata kerbau
Serbuk pati ikan bilis
sos cili
Sedikit minyak

Cara-cara membuatnya:
Tuna dihancurkan
Masukkan telur dan gaul sebati
Masukkan black pepper dan sedikit serbuk pati ikan bilis
Masukkan serbuk roti
Gaul bentuk bulat bulat guna dua belah tangan
Kemudian leperkan
Panaskan minyak sedikit dan gorengkan . Apabilan bahagian bawah keperangan atau sudah garing, alih pada bahagian sebelah lagi.
Angkat.

sorry gambar x clear


Sesuai dimakan dengan roti , letak salad ( boleh guna tomato, bawang besar yang dipotong macam onion ring tu), telur mata kerbau , sedikit sos, sedikit mayonis, layannn..

SANDWIC BURGER MY STYLE







Salam semua..wah wah dah dekat lebaran dah kann kan kan ..kejap je masa berlalu...Baru ini saya ada up entry berkaitan hobi saya yang suka tengok food channel..especially 727 dan 709... 


Disebabkan minat dan terpengaruh dengan gaya chef chef tu masak,  maka saya pon ubah2 la resipi sendiri sebab rasa cam boring makan burger cam sama ja...Ada sekali tu buka puasa makan burger nyah..tapi versi mak lah..eheh...

Bahan-bahan  dan cara masak; 

  1. Daging burger dihancurkan  campur dengan sosej yang ada cendawan-goreng semuanya. letak serbuk pati ikan bilis dengan black pepper. Gaul rata dan ketepikan lepas dah masak. 
  2. Then goreng cendawan. Cendawan salut telur dan serbuk roti. Goreng garing. Tuang sedikit kicap manis dan sos cili, Gaul.  Ketepikan. 
  3. Ambil timun dan daun bawang. Potong nipis timun dan daun bawang agak2 ja la panjangnya. Lobak merah sikit. 
  4. Ambil baked beans ( ada jual dalam tin)
  5. Kemudian guna sos cili sikit, mustard, dan sesame soy sos sebagai sos. 
  6. Ambil roti panjang, letak daging dan sosej, buh cendawan, buh baked beans, buh sayur, dan buh ketiga2 sos.

Rasa sedap macam duk Amerika..kah kah kah..ada sedikit sour,sedikit manis dan mcm2 rasa lah.
Selamat mencuba. 

Monday 29 July 2013

HOBI

Saya suka sangat tengok Food Network Channel. Atau Channel yang berkaitan dengan masakan/makanan. Sebab entahlah bila tengok rasa macam best sangat..rasa macam tenang ja…haha.. kemudian Encik Firdaus kata saya boleh tersenyum sendirian..Hoh! Camner tu…

Biasalah kalau rancangan kat Astro berkaitan makanan pastu lak worldwide maka wat tatau lah kalau ada daging vavi tu..nak wat camno dah depa makan…Saya suka tengok teknik masak depa, pastu bahan2 depa gunakan.. kalau guna daging tut ..kita tukar lah dengan bahan2 yang halal dan boleh kita makan..x gitu? hehe..

Antara rancangan yang saya suka Diners Drive Ins & Dive, Barefoot Contessa, Iron Chef America, FoodNetwork Challenge, Sugar Dome ,  Guys Big Bite, Restoran Impossible, Chopped, Master Chef Australia .
image from google

image from google

Dalam Master Chef Australia ada seorang peserta Muslim tau..nama dia Amina...
image from google

Disebabkan saya terpengaruh dengan cara orang barat menyediakan sandwich dan burger mereka dengan cara yang unik, maka saya pernah buat burger sendiri. Memang unik. Tapi rasanya memang sedap dan lain sangat. Kreativiti dan berfikir di luar kotak dari kebiasaan dan pasti korang dapat menyediakan makanan yang kreatif sekali sekala.


Nanti saya upload gambar sandwich saya tu ya…now x da dalam pc kat ofis ni..

Friday 26 July 2013

Raya Nak Dekat Dah!

Hari Jumaat daaa..Yeay! Salam Jumaat semua..

Saya buntu nak up entry apa…

Cuma sekarang tetiba rasa longgar sikit jekkk seluar sebab posa kot…ekekekek…lepas posa agak2 naik balik niiii…Confirm punya..ya la nanti duk layuq makanan sedap2 mau x tergugatt..ehehe…

Baju raya? Saya dah tak beli dah..sebab ada dalam dua helai baju yg belum dipakai lagi.jadi jimat dah kat situ.
Saya start cuti raya 7 Ogos sehingga 14 Ogos 2013.  Balik Kedah pagi raya pertama. Dengar MIL nak follow balik Kedah juga..almaklumlah MIL saya mana ada kampung..Pure KL sejati punya..

Cik Jah, Senah semua camno korang punya preparation raya? mesti devas devusss kan
 
Saya dah dapat kad raya daripada seseorang. terkejut tau sebab da lama sgt x terima kad raya…Seorang blogger juga..jeng jeng..nanti saya up entry ..:)
Okey semua..Jom perbanyakkan amalan di bulan Ramadhan ini.

Teringat zaman dulu di sekolah menengah masa duk asrama..tiap2 petang bertadarus Al Quran. Rindu zaman tu


Rindu rakan2 semua! Saya p slow2 na umah korang...lambat dari kura-kura tau ..

Wednesday 24 July 2013

MY 3RD ANNIVERSARY

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE- 3 TAHUN

Genap 3 tahun usia perkahwinan saya dan Encik Firdaus pada 24.7.2013 iaitu pada hari ini ( 15 Ramadhan) . ALHAMDULILLAH.

"Semoga rumahtangga kami bahagia dan dirahmati selalu serta dikurniakan cahaya mata. Amin".

Terima kasih atas doa kawan2 dan ucapan kalian. Saya hargainya dan saya mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada semua rakan2 tersayang.


Note: Saya mohon maaf sebab x singgah pon lagi “rumah” kawan-kawan yang x jemu2 singgah dan komen entry2 saya..Rasa bersalah sangat pada kawan2 …In Sya Allah saya cuba slow-slow. Internet buat masa ni di rumah x ada. Saya online guna phone sahaja sebab tu susah sikit.


Mengimbau kenangan..hehehe…



Tuesday 16 July 2013

SOALAN YANG TIADA JAWAPAN DARIPADA SEORANG MANUSIA.

Salam Ramadhan semua. Rasa terlalu lama saya tidak berblog dan sudah lama tidak menziarahi rakan-rakan blogger. Maafkan saya... Entahlah banyak perkara yang perlu dibuat, difikir dan lain-lain lagi. Hari kelima Ramadhan baru ni (Ahad) saya dikejutkan dengan berita pakcik (sebelah suami) meninggal dunia. Kami semua terkejut kerana arwah tidak ada sakit yang teruk dan usia dalam lingkungan 50an. Pukul 2 pagi kami bergegas ke Sg Penchala (rumah arwah) . Sebaik tiba, kami menunggu jenazah tiba dari hospital. Dikatakan oleh makcik bahawa arwah tetiba sesak nafas di rumah dalam jam 11 lebih (malam).

Apabila jenazah tiba, dan saya melihat jenazah, terdetik dalam benak hati saya.

Kita sering bertanya kepada sesiapa sahaja  “Apakah perasaan anda...” yakni kita sebagai manusia boleh bertanya kepada seseorang dan akan ada jawapannya..contoh ” apakah perasaan anda apabila berkahwin? apakah perasaan anda semasa melahirkan baby? apakah perasaan anda apabila dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan?”....

Semuanya ada jawapan...”saya berasa gembira...Saya berasa bersyukur...Oh, sangat bahagia...bla bla...

Akan tetapi...kecuali satu soalan dan anda tanya pada org yg anda kenal...”Apakah perasaan anda semasa malaikat maut mencabut nyawa anda?”

Soalan ini tidak mampu dan tidak akan dapat dijawab oleh tuan punya diri dan tiada jawapan yang kedengaran ...Dan bagaimanakah kita menghadapi kematian nanti? Ya Allah ya tuhan kami, matikanlah kami dalam cahaya keimanan....Ameen...

Moga Ramadhan yang datang ini memberi seribu makna dalam kehidupan kita. Ameen Ya Allah...