Followers

Tuesday, 30 April 2013

RESIPI SUP FUCHUK DENGAN RUMPAI LAUT

Bahan-bahan :
Sikit je rumpai laut. dalam secoet je ya. 
Telur dua biji
Fuchuk goreng (g je Giant, ada jual yg org selalu makan yong taufu tu)
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Udang kering
Sedikit serbuk pati ayam
Minyak
bawang goreng

Cara-cara:
Tumis semua bahan bawang dan halia serta udang kering. 
Masukkan air
Biar menggelegak
Masukkan fuchuk yang dipotong tadi
Kacau seketika
Pastu masukkan telur dua biji. 
Pastu masukkan garam/gula/ srbuk pati ayam
Masukkan sikit je rumpai laut
Kacau dan tutup api
Hiaskan dengan bawang goreng
Hidangkan.

Kalau nak tahu kelikatan kuahnya sama  macam kuah ala2 sup sirip yu. akaka..saja ja..Leh makan mcm tu saja..Selamat mencuba!

Sejak saya makan rumpai laut waner purple ni, yg kerabu rumpai laut tu... haid saya berjalan lancar selancarnya serius tau sbb sblm ni period saya sikit je...maaf ya tulisan ni mungkin kurang senang sikit sapa yg baca.

KISAH PERJALANAN SEMALAM


Selepas Maghrib saya dan suami bertolak ke Damansara. Sebelum tu saya dan Encik Firdaus pergi ambil Kak Zainab. Ibu hamil tersebut ialah kawan Kak Zainab. Sepanjang perjalanan tu kami berbual rancak.

Berpusing-pusing juga nak cari, last2 kawasan tersebut dekat dengan tempat kerja Encik Firdaus. Sebaik kami tiba je, suami si ibu hamil tu dah menunggu kami kat tepi jalan. Kak Zainab yang mengecam kelibat suami rakannya tu. Sebaik nampak je nampak terus terkeluar dari mulut Encik Firdaus, “ hensem juga suaminya” hahahaha ..Saya terus gelak sakan.

Seterusnya kami park keta dan berjalan masuk ke rumah. Ibu hamil tadi menyambut ketibaan kami dengan ramah tamah. Ekspresi saya yang pertama bila melihat keadaan rumah yang sempit itu, saya rasa sedih sgt. Tatau nak cakap cemana…Serba daif. Rumah seluas bilik yang saya tatau nak kira berapa kaki persegi. Hati saya sayuu…

Oh lupa pula…ibu hamil tu memang santek tau..hehehe..Kami bersembang rancak. Kemudian saya tanya, “Kak, betul ke kakak nak bg saya bela anak yg bakal lahir tu?”

“Ye dik, saya ikhlas.”

Dia juga bagitau kalau anak yg lahir tu dengan dia, tatau masa depan dia mcm mana. Mereka datang ke sini dengan dokumen yang sah, dan bukan dengan cara yang haram. Jadi soalan saya, anak yg lahir tu warganegara Malaysia la ya sebab lahir sini? ke macam mana?

Selepas beberapa ketika bersembang, saya dan encik firdaus minta diri dan bertolak pulang bersama kak nab.. Sekali bila dah sampai Pekan Sungai Besi, baru teringat tadi kami tak bagi pon duit dengan makanan kepada ibu hamil tadi. Pastu Encik Firdaus kata x mengapa, kita beli makanan dan patah balik.

Kak Nab telefon ibu  hamil tadi dan cakap kami akan patah balik. Sangat sedih apabila Kak Nab cakap,suaminya baru pergi ke lombong untuk tangkap ikan untuk goreng utk makan esok. Sedihnya.. Saya bergegas tapau nasi lemak di Old Town, sesekali apa salahnya bg orang makan yang enak enak.

Sebaik sampai kat sana semula, saya keluar dari kereta, ibu hamil tadi datang pada saya dan peluk saya. Saya pegang perutnya sambil cakap , “Kakak dan Baby makan ya malam n”… Sebak dalam hati fikir kalau saya rasa susah, ada lagi org yng lebih susah. Rezeki yg saya dapat mungkin bukan rezeki saya dan harus dikongsi degan org lain.. Saya hulur sedikit sumbangan yg x seberapa beserta dua kotak nasi lemak. Ibu tadi cakap sambil gosok perut, “Ya Allah aku syukur org yang baik-baik dapat menjaga anak aku kelak”..Saya x kata saya baik sebab saya manusia biasa tapi saya rasa mungkin ini ada hikmah di sebalik saya belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin saya perlu membantu anak dalam kandungan ini dulu..kemudian “rezeki” dalam perut saya akan menyusul kemudian. KunFayakun..

Selagi bayi tu belum jadi milik saya, saya x mahu terlalu berharap. Biarlah Allah yang menentukan selepas ini apa langkah seterusnya. Jika benar tertulis di Loh Mahfuz, yang si kecil itu memang utk saya dan encik firdaus, saya terima dgn hati terbuka.

Selepas ini saya perlu fikir di mana ibu itu akan bersalin, pendaftaran JPN, dan lain-lain lagi.

Dan tatkala saya tengah taip entry ni, satu lagi keajaiban dari Allah, tiba-
tiba, datang office mate saya dari department HR, datang letak sebuah beg kertas, dalam beg kertas tu ada buah zuriat 4 biji! Dia cakap mak dia ke Mekah dan bawa pulang buah zuriat n…Saya terkedu..semuanya berkaitan zuriat..

Apapun saya doakan segalanya berjalan lancar..Dan kepada kawan2 yg belum beroleh zuriat mcm saya, kita berusaha..dan terus berdoa…Saya akan terus berusaha untk dapatkan zuriat sendiri walaupun jika saya ada “anak ini” kelak. Sekian.  

Maaf dipinta belum berkesempatan utk menerjah. Banyak yg perlu diselesaikan..saya akan bw nanti ya..


Monday, 29 April 2013

TERIMA KASIH SEMUA


Salam semua..
Terima kasih kepada yang memberi pandangan dan komen pada ENTRY sebelum ini, Saya sudah rujuk pada BLOGGERRIEFDAFFYA.. beliau ialah orang yg bekerja di JKM dan ieda sangat membantu mejawab segala kemusykilan saya. 

Dan Alhamdulillah In Shaa Allah perkara ni dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Malam ni tak ada aral saya bersama Encik Firdaus akan berjumpa dengan ibu hamil tersebut dengan suaminya. Moga urusan saya dipermudahkan.. Nervous ni…

Jika benar baby tu ditakdirkan bersama kami Ya Allah, permudahkan urusan kami..Ameen..

Syukran jazilan atas semua pandangan ..Ada lagi nasihat2 kawan2 yg belum saya publish..Bersyukur sangat berkenalan dengan semua rakan2 blogger yang cukup prihatin… 

Ya Allah Ya Tuhan Kami..berkatilah dan rahmatilah hidup rakan2 ku sekalian..Ameen 

TOLONG , HELP, KAWMENG ARRR


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum semua..

Saya datang kerja pagi ini dengan sebuah kejutan yg boleh kata terkejut badak juga lah.. Sampai je kat atas ofis, seorang cleaner datang pada saya,

“Kakak, kawan saya mahu melahirkan anak sudah, dia mahu bagi saya jaga, saya cakap sama dia , kakak di ofis tu sudah kawen dan belum ada baby, jadi jika adik mahu, dia mahu bagi sahaja..”

Perkara ni saya memang tahu dua bulan lepas, tapi bila dia senyap, saya ingat dia x mahu bg baby dia so sy dgn husband continue our life.,.cewah..now terkejut beruk den haaa org nak bagi baby…

Tapi saya ada kemusykilan yg serabut di otak..sebab sy rasa ibu hamil itu x ada dokumen perjalanan yg sah …dan dia masa mula2 mengandung , dia x mahu anak tu…mungkin ada kisah lain ..Encik Firdaus memang teringin anak dan dia sangat mahukan baby..:) Cuma saya buntu…

Sebab 1: Jika ibu hamil tu pendatang, bolehkah kita ni warganegara ni amek anak angkat dr pendatang?

Sebab 2: Apakah prosedur dan bayaran yg dikenakan dan berapa lama masa yg diambil?

Sebab 3: Saya takut bila dah ambil, akan ada masalah kemudian hari seperti anak tu nak diambil semula..tp dia cakap dia memang x nak ambil dah..

Sebab 4: Saya jadi gabra…gabra tatau nape..dengarnya baby boy..

SAPA TAU APA PATUT SAYA BUAT…PROSUDER NYA DAN LAIN2 YG BRKAITAN..

Kalau nak tanya pk habis2 dah ke, jawapan saya, saya dengan suami teringin ada anak memandangkan usia saya pon bukan muda 
lagi…Saya masih berusaha untuk dapatkan anak sendiri…hmmm:(( 

Sunday, 28 April 2013

THERMOS FOR KIDS 500ML


  • LIMITED SATU DESIGN UTK SATU THERMOS SAHAJA. 
  • ADA 6 DESIGN SAHAJA
  • TAHAN LAMA
  • CANTIK DAN CUTE
  • UNTUK TEMPAHAN DESIGN SILA MAKLUMKAN AWAL KEPADA SAYA DESIGN YG DIKEHENDAKI. KALAU TEMPAHAN KURANG DARI 6 KEBAWAH , TERPAKSALAH KORANG TUNGGU KALAU SATU DUA JE TEMPAHAN NYAH..:p 
  • INFORMASI LANJUT SILA CLIK KE MY BLOGSHOP



KERABU RUMPAI LAUT DENGAN TUNA


Bahan-bahan: 

  • Rumpai laut purple dipotong kecil2  (rendam semalaman, jangan lupa bilas airnya beberapa kali) 
  • sebelum potong rumpai laut tu saya lalukan air suam pada rumpai laut tu baru potong. 
  • Tuna dalam air (tin) -alternatif lain boleh guna ikan rebus, kerang, atau apa sahaja yg korang rasa sesuai)
  • Cili padi dipotong halus
  • Daun bawang - (alternatif lain boleh guna bawang besar potong nipis atau apa saja jenis daun ulaman)
  • Taugeh
  • Kerisik
  • Serbuk pati ayam
  • Racik sedikit kulit Lemon halus
  • Perahan air lemon (boleh guna limau nipis juga)
  • Garam /gula
  • Black pepper

Cara-cara:
  • Gaulkan semuanya sekali!! 
  • Boleh makan macam tu saja
  • Boleh makan dengan roti
  • Boleh makan dengan nasi
  • Kalau x nak makan lagi , boleh simpan dalam peti ais. Kalau buat maggi goreng , boleh makan dengan kerabu ni juga..
  • Encik firdaus yg x suka makan rumpai laut ni jadi suka dan serius x ada hanyir dah. 


Tips saya :
  • Jika memasak , jangan terikat dengan resipi. Anda ciptakan resipi sendiri berasaskan bahan yg ada. Kita yang memasak. Bukan bahan memasak yg kontrol kita:))
  • Dan lagi satu jangan takut untuk mencuba bahan2 yg baru. Dan jangan anggap pelik sebab semua masakan manusia yg cipta so we can create sendiri our own menu! rite??

*****
*****
*****



Rumpai laut ini saya ada jual juga sebab MIL saya bawa balik dr Sabah. Jadi 100 gram sepeket . Tapi saya guna sedikit ja sebab rumpai laut n kan ceepat kembang. Memang x abes makanlah semua 100 gram tu. 

ni lah kerabu rumpai laut dengan tuna saya


boleh makan dengan roti serat juga

Friday, 26 April 2013

PLANNING UNTUK TUMMY


Okey tetiba dalam kepala sibuk duk fikir nak masak apa..owh teringat ada rumpai laut lagi di rumah. 

Maka toink!! idea!

Mungkin akan buat kerabu rumpai laut
Mungkin akan buat sup rumpai laut
Bahan-bahan??

Bahan-bahannya ikut rasa sedap di hati ni..koh koh koh..

Ok, kalau  jadi buat, saya up entry ye..


Untuk kak Tihara,
Maaf gambar baru n x ada gamba…tak ambil pon picture..lepas dah licin baru terfikir awatlah lupaaaaa ambik gambaqqq..maaf naaaa

RESIPI SOSEJ dan EPAL


Semalam saya dah buntu nak masak apa ..last2 buka peti ais, ada buah epal..Selalu tgk dalam Astrp Food Chanel orang putih masak cam best je guna bahan2 yg lain dr yg lain..so saya decide nak cuba.

So resipi semalam

Bahan-Bahan:
Bawang putih
Bawang merah
Udang kering
Sosej
Buah epal sebiji potong dadu
Serbuk cili sikit
Black pepper sikit
Garam sikit
Serbuk  kulit kayu manis

 Cara-cara:
Tumis bawang putih , merah dan udang kering
Masukkan sosej
Masukkan epal
Masukkan sedikit serbuk cili
Masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan black pepper
Perisakan dengan sedikit garam

Hidangkan
-Rasanya manis2 , masin ..nak sedap boh potong cili dan perah lemon dan Ngappp!!!-

Kata-kata Hikmah


Thursday, 25 April 2013

BERMINAT UNTUK SENARAIKAN BLOG BISNES ANDA DI SINI? JEMPUT LA..:)


Saya nak senaraikan blog 

kawan2 yang ada buat bisnes 


iaitu blog bisnes saya. Jika 

berminat boleh tinggalkan 

link blog bisnes korang kat 

komen okeh. Nanti saya 

update kat blog bisnes saya.  

Yang penting kita saling 

support each other dan tak 

mau dengki2 okeh…


Ikhlas daripada: Intan 


Kawan2 blog yang baca entry ni boleh warwarkan pada kawan2 blog lain yg saya x kenal yang ada buat bisnes :))

Wednesday, 24 April 2013

SENYUM PAGI BERSAMA UAI


MINI GA 2


BERKENAN DENGAN GA NI..SYARAT2  PON SENANG. :))
LAGI SATU SEBAB NAK BEDAK NI JUA..HEHHE
AMEEN..MOGA SAYA BERJAYA. 
NAK JOIN?? CLICK BANNER OK

DIA IBUKU YG TERSAYANG

Inilah ibu , emak, mak saudara (kakak arwah abah) yang menjaga saya sejak saya bayi sehinggalah sekarang. Dialah ibu saya dunia akhirat. Saya sayang sangat kat emak walaupun saya ni jenis x ucap dengan kata tapi dalam ati saya , saya terlau sayangkan emak...rindu dekat emak hari2..

Emak saya kini dah x boleh berjalan. Kalau nak berjalan, emak akan kesot2..Emak tamau guna sebarang jenis tongkat atau apa pon..Emak lebih selesa bergerak dengan mengesot. Emak tinggal dengan kakak dan abang ipar sekarang. RUmah saya kosong jer sekarang. Anak buah jer rajin pergi cuci2 dan tengok2 apa2 yang patut. Sedih tgk rumah sebab rumah saya banyak simpan kenangan pahit manis namun itulah peredaran zaman.

Kalau balik ke kampung, kami akan ambil mak di rumah kakak dan  bawak balik ke rumah..Syukur encik firdaus suami yang baik. Dia akan mendukung emak kalau emak nak berjalan ke mana2 mcm g umah sedara, ambil ubat.. Dia sangat manjakan emak..Suap emak..Kadang2 saya lihat dari jauh, bergenang air mata saya.

Ya Allah, sihatkan lah ibuku HAJJAH FATIMAH BINTI HAJI SALLEH dan panjangkanlah umur ibuku.. Ameen ...
EMAK, SAYA SAYANG EMAK...TERLALU SAYANG

gambar emak semasa muda2 dulu..:)


Tuesday, 23 April 2013

TUNGGUUUUUU YEEE …


KOMBO GIVE AWAY  BERSAMA CIK INTAN BERLIAN
INGIN SAYA WAR-WARKAN DI SINI, SAYA AKAN MENGADAKAN KOMBO GA JULUNG2 KALI..CEWAH…SO SAPA YG NAK ANGKAT KENING! KOH KOH.


HADIAH BERNILAI RM 124.00 BERUPA:

  • 4 JENIS VIALS PERFUME
  • SATU PERFUME MINIATURE
  • SET BERUS MAKE UP 7 PCS
  • AKSESORI GELANG TANGAN
  • SET MAKE UP KIT
  • LIPGLOSS


TUNGGU SYARAT2NYA  DAN ENTRY RASMI DARI SAYA LEPAS NI BARU JOIN OKEH !:)

Monday, 22 April 2013

Dia Potong Rambut Saya


Kisahnya saya sakit kepala dan rimas rambut panjang walaupun tak la panjang sgt. Nak g kedai saya malas. Tetiba..

“B boleh potong rambut Cuk tapi bagi botak lah, kasi tarah abes”
“Ah tamau ah…potong biasa2 je boleh?”
“Bolehlah..”

Dengan berkain pelekat maka Encik Firdaus pegang gunting. Aku lak tadah dan redha je rambut aku digunting. Serius ni first time dia gunting rambut tau!
Prap! prap! prap! dengar gunting memotong rambut aku. Aiiii  macam musykil je aku rasa dengan keadaan ni. Pastu aku dengar encik firdaus terkekeh-kekeh gelak. Sah! rambut aku dah jadi mangsa keadaan.
Pastu aku pon dah mula pot pet pot pet. Pastu encik firdaus datang depan aku. Prapppp! dia gunting rambut tepi aku! alamak senget!!! Dia boleh pulak tanya aku..

“Cuk sama dak cuk? cer cek, sama ke tak? “
“Aik??? apasal lak cuk yang kena cek? B la yang cek tengok sama ke tak dua2 rambut tepi… “

Maka kami dua duk pong pang pong pang..Last2 aku kata stop..Aku rasa rambut aku dah macam topi star wars atau pon topi dalam filem X men yang jahat tu pakai.

Pastu encik firdaus sarankan pada aku idea yg dia rasa waras..

“ Apa kata pasni kita beli mesin, cuk leh botak..b pon leh botak gak..Amacam?”

Dalam ati ku gerammm nyaaa..Pastu aku trim sendiri sikit2..Pastu bila dah mandi, helmet star wars ni jadi cantik la juga walaupun x professional tukang gunting tu..hahah..tq ler yer encik firdaus.

Banyak yang belum saya terjah. Maaf sangat. Jangan serik datang bertandang ke blog saya yer.

Friday, 19 April 2013

RESIPI SUP KAMBING DENGAN PERIA

Malam kelmarin buka peti ais masih ada balance lamb.. Sebenarnya lamb ni lebih kepada lamb untuk grill..tapi saya malas nak grill bagai jadi tukar kepada sup. Guna bahan-bahan yang ada di rumah. Boleh makan dengan nasi atau cicah roti. Rasanya ada pahit-pahit, manis-manis, masin-masin, pedas-pedas. Saya campak je apa bahan yang ada nyahhh..:)


 


Bahan-bahan:
Daging kambing
Bawang putih dan merah
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
Serbuk kulit kayu manis sikit
Halia
Lemon dan sedikit hirisan kulit lemon
Cili padi
Peria dipotong nipis
Tomato dibelah
Daun thyme (n sbb tgk ada, x ada pon x apa)
Serbuk lada hitam
Gula batu ( x ada x apa)
Garam 
Gula 
Cili padi
Minyak


Cara-cara: 
Panaskan minyak
Tumiskan semua bahan menumis tu. Tau kotkan bahan apa.
Pastu da agak garing, masukkan serbuk kulit kayu manis.
Pastu kacau bubuh lamb 
Pastu buh air.
Pastu campak segala macam bahan-bahan selebihnya.
Kacau dan biar direneh secara slow la kalau leh, kalau dah lapor gunakan api yang marak...akakakaka..
Sekian! 

Tuesday, 16 April 2013

DISEBABKAN BLUR TATAU NAK KONGSI APA...

BLUR NAK KONGSI APA KAT ENTRY....MAKA SAYA KONGSI BEBERAPA KEPING GAMBO KAWEN SAYA? BOLEH KEWWWWW? WALAUPUN ANNIVERSARY LAMBAT LAGI..XPA, ANNIVERSARY X BOH DAAA....KALAU X LEH, CEPAT2 CLICK ENTRY LAIN SAMBIL PEJAM MATA. : P 

KHUSUS UTK KAWAN2 YG X DATANG KENDURI SAYA DULU SEBAB KITA BRU JE KENAL DALAM DUNI BLOGGER.KOH KOH!




Monday, 15 April 2013

PANDANGAN DAN CADANGAN

Salam semua.. Oh busynya saya!. Weekend x sempat nak bw sebab kazen kenduri kawen. Sabtu g gotong-royong masak , ahad kenduri kawen di Sentul. Balik umah tempek detox foot patch..ahh lega ..(sempat iklan lagi tuuu)

Ok, x sempat nak bw, just nak tanya pendapat kawan2 semua, apa nama yg terbaik untuk perkhidmatan mekap for bridal yang saya akan buat kelak. Ada suggestion? :)) tapi xmau guna nama "Intan" lagi..nak yg lain..

Sekian terima kasih.

To blogger Waniey ibu Qalief, akak ada add kat fb, jumpa fb waniey dekat fb Deqla..hehe..accept okeh nanti..

Belum sempat singgah lagi kat rumah kawan2..huhuhu banyak kerja. balik umah packing barang untuk pos pada customer pulak.huhu

Saturday, 13 April 2013

TERAPI ::))

Selepas Encik Firdaus hilang wallet tempoh hari , dia memang risau walaupun dah buat report polis. Hari ni saya belanja dia makan ..terapi la sangat..hehe.. sebelum tu pergi post barang2 yang customer order termasuk untuk Blogger Deqla Manjew.:)) Dalam Pusat Beli Belah Ikano post office tu. Then sebelah post office tu ada kopitiam Uncle Lim. Halal. :))  Mkn, borak-borak...:)) Dan Alhamdulillah lah semuanya dah settle hari Jumaat kelmarin. 

  • Kena denda IC RM 100
  • Kena byr setiap lesen RM 10 ..ada 3 kot lesen
  • Kena byr buat kad baru utk ATM RM12
  • Lepas ni cuma tinggal nak pergi buat kad nikah baru. Kan wilayah KL ada kad nikah ala2 IC kan..:)





Friday, 12 April 2013

WALLET HILANG

Kejadian malang malam ni.

Encik firdaus sampai rumah bagitau wallet dia hilang.Mungkin tercicir katanya. Waktu hujan lebat. Dia cuma sedar bila da sampai rumah. Saya dan dia terus naik motor bergegas ke kedai di Neo Damansara sebab dia kata mungkin tertinggal di sana. Tapi kedai tu dah tutup. Nampak mamak yg jaga kedai tu tgh berjalan nak balik. Terus pergi tanya dia. Dia cakap tak nampak

Balik rumah, Encik somi kuar oi buat report polis. Duit, kad pengenalan , lesen kad atm semua hilang..

Wednesday, 10 April 2013

DETOX FOOT PATCH


SALAM SEJAHTERA, 

DISEBABKAN SAYA MENGGUNAKAN DETOX FOOT PATCH UNTUK BUANG TOKSIN DI DALAM BADAN DAN SANGAT BERPUAS HATI, SAYA TELAH MENGORDER DENGAN BANYAK UNTUK DIJUAL!.

CARA NAK PAKAI BOLEH TENGOK BLOG SAYA YANG INI.

NI TESTIMONI DARI TAPAK KAKI SAYA SENDIRI!! NAMPAK TAK TOKSIN YG BERWARNA HITAM TU!!


JADI SIAPA YANG NAK BELI BOLEH ORDER DENGAN SAYA, IN SHAA ALLAH BARANG SAMPAI ESOK. JADI ADA SESIAPA NAK TEMPAH AWAL? SEBAB ADA DALAM 20 PEKET SAHAJA.

ADA 2 JENIS:

1) 10 JENIS WARNA PUTIH UNTUK BUANG TOKSIN BIASA


*UPDATE TERKINI. STOCK WARNA PUTIH TINGGAL UNTUK DITEMPAH= 8 PEKET LAGI


2)  10 JENIS WARNA KUNING UNTUK BUANG LEMAK DAN TOKSIN - NI SAPA NAK CUBA SLIM BOLEH TRY 

SATU PEKET MENGANDUNGI 10 KEPING =RM 12 – POSTAGE RM 6

BERBALOI KAN? JENAMA? JENAMA DETOX FOOT PATCH LA..HEHE



CARA PAKAI  SANGAT MUDAH DAN CEPAT. SEMUA ORANG BOLEH PAKAI.

1- AMBIL PELEKAT. TANGGALKAN.

2- AMBIL UBAT (SAYA TATAU NAK PANGGIL APA, SO I JUST CALLED IT UBAT, CAN MA??) TAMPALKAN PADA PELEKAT.

3 KEMUDIAN LEKAT PADA TAPAK KAKI.

4 SEELOKNYA DIPAKAI SEWAKTU HENDAK TIDUR.

5 BANGUN TIDUR TANGGALKAN. TENGOK TOKSIN ANDA. HEHE. ALA, X SAKITLAH MASA NAK TANGGALKAN TU..HEHE..NAK SIHAT KAN? KAN?

SO SAPA NAK ORDER CEPAT SMS /WASUP/WECHAT SAYA DI      017-3218351

P/S: NANTI DAPAT GAMBAR PRODUK SAYA UPLOAD KAN YA ESOK. IN SHAA ALLAH.


ACARA MEMBUANG TOKSIN PADA KAKI SAYA!


TENGOK!! GILER BANYAK TOKSIN DI KAKI SAYA SELEPAS SAYA TAMPAL PADA KAKI SEMALAM. BANGUN TIDOR JE SAYA BUKA. TEKREJUT GILER MEMANG BANYAK TOKSIN DALAM BADAN NI.HITAM TERUS !! IN SHAA ALLAH, TENGOK LEPAS NI MACAM MANA, KALAU OK, SAYA RASA SAYA NAK JUAL LA. LAGIPON HARGA BERPATUTAN.

KEBAIKAN;
TOKSIN DIKURANGKAN DARI BADAN
TIDUR YG LENA
SEGARKAN BADAN
KURANGKAN SAKIT KEPALA, MIGRAINE DAN TEKANAN KERJA
KURANGKAN JERAWAT DAN RESDUNG
JAUHKAN SEMBELIT DAN PERUT KEMBUNG
KURANGKAN SAKIT SENDI, LENGUH KAKI,TEGANG OTOT DAN GOUT

Monday, 8 April 2013

GULAI IKAN ALA PAJERI DENGAN MANGGA

Sebab baru balik kampung, maka ada banyak buah mangga muda yang dibawa balik. Jadi dapat idea buat gulai ikan ala2 pajeri.  Saya guna bahan2 yang ada di rumah sahaja. Buka selera sebab mangga kan masam-masam kan, so sedapla sikit. Lagipun mood memasak ada ari ni sebab masih bercuti..esok baru start kerja.




Bahan-bahan

  • ikan
  • rempah kari ikan
  • bawang merah dan putih
  • minyak
  • asam keping
  • kerisik
  • mangga muda yg dipotong memanjang- basuh bersih (tidak perlu buang kulit) 
  • gula
  • garam
  • tomato potong 4
  • santan


Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih dan merah
  2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air
  3. Agak pecah minyak , masukkan mangga tadi
  4. masukkan  sedikit air biar tenggelam sedikit mangga tadi
  5. masukkan kerisik. jangan terlalu banyak.just untuk bg lemak2 sikit je
  6. kemudian, masukkan ikan
  7. kemudian masukkan santan dan asam keping
  8. selepas seketika, masukkan tomato
  9. gula dan garam untuk seimbangkan rasa
  10. lepas tu masak dan tutup api
  11. sedia dihidangkan

REQUEST ENTRY DARIPADA BLOGGER JAAKECHIK YG CUTE

BANYAK LAGI KOMEN BELUM PUBLISH DAN BELUM SAYA REVIEW..(SABAR YE KAWAN2) HUUHU..

Okey berkaitan dengan entry INI , Blogger Jaakechik ada request / tanya saya apa yg menyebabkan mekap tu nampak glowing.


Okey Jaa, yang menjadikan mekap tu glow,inilah rahsianya..ehehhe.. masa finishing mekap tu kak intan gunakan loose powder kat bawah ni. Untuk kulit melayu biasa ni kak intan guna kod 02. Kalau nak beli bgtau kak intan ..kak intan ada jual... cara nak pakai dia, amek sikit dan guna span yang dia kasi, dap dap kat muka lepas sapu foundation bagai lepas tu sapu dengan brush bagi rata pada muka.

RM 18
PEARL WHITENING LOOSE POWDER
TEKSTURNYA YANG LEMBUT DAN HALUS
BUAT WAJAH ANDA LEBIH SHINING , CANTIK DAN GEBU.
KOD 01- KULIT CERAH
KOD 02-KULIT NATURAL
KOD 03- KULIT SAWO MATANG
Dan antara foundation yang kak intan guna ialah Naturactor. Mekap untuk model hari tu kak intan kod 151. kalau kulit cerah boleh guna kod 140. Kalau penggunaan biasa, sapu sikit ja. Kalau  untuk mekap pengantin, kena buh banyak la sikit. yg ni kak intan jual RM30. Sold out buat masa ni kod 151


Blusher untuk model tu kak intan guna yg nampak shining, baked blusher 3d. Ni RM12 kak intan jual. No 8 dah sold out. Lain2 masih ada. Memang kalau pakai pipi akan nampak ala2 kilat dan glow gitu... memang santek kaler dia.


Last sekali shading hidung kak intan guna press powder kod 04 (gelap tau) yg ni. Powder gelap ni bukan untuk pakai muka, kak intan buat khusus untuk shading. Sapa nak pakai kat muka pon boleh .Sebelum tu hidung dah shading dengan foundation yg memang gelap. Powder ni pakai masa last sekali lepas dah pakai bedak semua. 



hehe..harap Jaa puas hati dengan sedikit penjelasan kak intan..Kalau nak tau lebih lanjut kena la datang belajar make up class dengan kak intan..hehe..so kalau mana2 yg berkenan boleh la roger2 kak intan. sms/wasup/wechat semua boleh. dialu-alukan

Saturday, 6 April 2013

CONTENG-CONTENG MEKAP DI MALAM HARI

Dah balik kampung , apa lagi langkah parit di malam hari pi rumah kazen.Naseb dekat jer..marathon or lari bawak sebeg alat2 mekap..cam org giler pon ada gak..hahah... Dan anak dia jadi mangsa keadaan. Untuk pengetahuan , saya main2 jer make up. shading hidung tak buat.!!kening pon x buat betul-betul!!!. Tengah2 malam cek oiiii...     

Jadi inilah hasil main2 mekap..ahaks!!

foundation : Naturactor (saya ada jual sapa nak, haha!! sempat lagi) , supra, dan MAC..semua saya blend sekali.
Loose powder Miss Rose
Eyeshadow Miss Rose 
Lipstick & lipgloss Miss Rose

P/s: Debar nak make up org nikah, dan kawen hujung bulan 5 ni..doakan sy buat yg terbaik yer
aucak!!
Ada macam Azean Erdawaty  zaman muda tak? koh koh

**ini mekap di bawah ini semalam saya buat.:))**
tema : hijau





Friday, 5 April 2013

NASI LEMAK TOK JANGGUT KG SUNGAI YAN KEDAH


serius kalau kiter balik kg mesti kite cari nasik lemak ni. Nama nasi lemak ni org kg sungai yan panggil nasi lemak tok janggut.. Mungkin org yg buatnya nama tok janggut. tataulah masih ada orang ni atau tak. nasi lemak ni dari zaman saya kecil sampai la . Dulu arwah ayah selalu beli. kiranya orang kampung  ni memang kenal dan suka giler dengan nasi lemak ni. Sambal dan seketet ikan je. 

Sambal dia bukan sambal pedas macam biasa kita duk makan nasi lemak tau..Sambal dia pelik sangat rasa. Tapi memang
sedap tau! Boleh makan sampai 3 bungkus sekaligus. !! Cuba korang bayangkan hampir 3 tahun kahwin ni, first time saya dapat kenalkan nasi lemak tok janggut kat husband saya! sebab tiap kali pi beli, memang habis! tadi saya rembat 12 bungkus!ha amek kau!





PEMANDANGAN DI SG YAN, KEDAH

Sebelum tu nak tanya, sapa ada sms saya tanya pasal nak jadi agen produk gluta? saya  x ada credit nak reply...dah reply dgn hp husband tapi x ada reply..boleh saya tau sape ya? sebab x ada save number. sekian. 

Layankan gambar kg saya di Sg Yan, Kedah. Line MAXIS serius giler..Hijau je line! Tapi dah bayar dah...line problem.. Segalanya lambat.. Sampai nak terjah rumah kawan-kawan pun lambat Ya Allah..maafkan saya.... ni pon nak up entry dari petang tadi. huh

* SAWAH PADI TU BELAKANG RUMAH SAYA..POKOK KELAPA TU PON BELAKANG RUMAH SAYA..KOH KOH..ENCIK FIRDAUS TOLONG JADI MODEL SAYA..AHAKS!




KOLAM IKAN KAT RUMAH KAKAK, ADA IKAN PUYU