Thursday, 28 March 2013

SAYA RINDU SEMUA INI


Tahun 80-an

Mengimbau kenangan zaman kecil dulu. Arwah ayah beli tanah merah. Ala yang lori datang umah kita dan longgokkan tanah banyak2 tuuu... Masa tu arwah ayah beli tanah merah banyak jadi halaman rumah macam berbukit-bukau la kononnya selepas lori datang tuang tanah2 merah tu semua..

Aku punya la syok.  Sat sat lari naik atas puncak tanah merah tu.. Sat sat lari turun..rasa tinggi ja duk kat atas puncak tanah merah tu…Sorang-sorang pon jadi keja. Bila petang ajak geng kampung area2 dekat umah mai main ..Main tanah merah boleh?? Serius best. Lawan buat kek tanah merah..ambil tanah merah campur air sikit , pastu bubuh dalam tempurung. Pastu pacak ler daun apa2 wat hiasan…haiiilaaa zaman kecik ..sungguh indah..

Arwah ayah saya ni seorang yang sungguh rajin dan sukakan kebersihan. Buat apa2 pon sungguh teliti. Dan tiap2 petang dan pagi , arwah ayah akan pergi menebas, cabut rumput,tanam pokok bagai. Arwah ayah tanam pokok jagung betul2 tepi jalan sebab ada tanah sikit. memang best! aku rajin duk pi menyorok di celah2 daun tu. Mai time nak kutip jagung aku la org paling seronok. Arwah ayah tanam cili, tanam pokok mangga, tanah kacang panjang, kacang botol, bak kata orang senang je kalau nak makan pi petik. Sampai orang bawak lori datang beli buah punyalah banyak sebab depa pi jual di mana ntah. Dapatlah arwah ayah duit poket. Sawah pula arwah ayah ada tapi dia pajakkan pada orang untuk buat sawah-sawah tu semua.

Kalau petang2 arwah ayah bakar daun2 kering, korang mesti pernah main juga,,,ala, kan asap tebal pastu aku masuk dalam asap tu keluar buat2 macam hantu..koh koh koh…

Arwah ayah bawak keta sorong nak angkut tanah merah atau angkut buah ka, aku la penumpangnya! haha…aku duduk dalam tu arwah ayah bawak..Alahai rindunya zaman tu.dan paling ku rindu arwah ayah…semua ni x kan boleh diulang semula..

Bagi yang masih ada ibu bapa, berbaktilah selagi ada kudrat…
                      
Saya sayang ayah..Sayalah orang terakhir melangkah pulang dari perkuburan selepas pengkebumian ayah dan arwah pernah beritahu saudara saya yang arwah sangat sayang akan saya. Bila saudara saya beritahu perkara itu, berderai air mata saya jatuh dan tak dapat ditahan lagi rasa yg cukup2 pedih kehilangan orang yg tersayang…Rasa taktahulah nak cakap cemana, dan sampai sekarang saya rindukan ayah..kadang2 arwah ayah ada muncul dalam mimpi…Walaupun arwah ayah bukan ayah kandung saya tapi arwah la yang membesarkan saya sejak saya lahir sehinggalah saya berjaya …Arwah ialah ayah saudara saya namun saya tetap anggap dia ayah kandung saya..Almarhum Haji Othman bin Haji Ahmad (meninggal pada tahun 2007 bersamaan Jumaat , 2 Ramadhan) …dalam keadaan yang cukup tenang..saat akhir sebelum meninggal arwah sempat melakukan sembahyang sunat dalam keadaan duduk. Dan saat-saat akhir ibu saya melihat arwah duduk di atas kerusi sambil berzikir. Dan sekali lagi ibu saya pergi kepada arwah, ibu lihat arwah ayah sudah tiada. Innalillah….

Wednesday, 27 March 2013

SIKIT JER DAPATKU TERJAH MALAM INI


Salam semua...malam ni sikit jer saya dapat terjah ke blog kawan2..Aduh rasa bersalahnya..tapi keletihan sangat ....harap rakan2 blogger yang lain jangan kecil hati ya...huhu..

Lagipon..saya buat bisnes kecil2an dan Alhamdulillah terisi juga masa saya pastu saya iklankan bisnes saya di kawasan tempat tinggal saya.:)) Encik Firdaus tolong tampalkan di lif, tampalkan di dinding iklan...Kawan2 ofis pon order..kawan2 blog pon order..:)) Alhamdulillah..sungguh tak sangka dan terharu..jadi masa nak berblog agak terbatas...huhu..

Apapun saya akan terjah juga kawan2 slow..kesian kawan2 yang tak putus2 singgah dan komen entry2 saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa2 kalian...

Nah layankan sikit brg2 yang saya jual melalui online dan offline. Jangan jemu ya..kalau cemuih pon hampa kena tgk juga..koh koh..cuci  mata..Ok semua..selamat malam..mimpi yang indah2 ya..

Rindu korang tau!!!

err sekarng saya cepat penat la...mungkin sebab berat dah naik kot...mengantuk pon cepattttt je..:)) sekarang mata ngah kuyu..pasni nak terus tido..zzzzzzzz

Harga barang2 yang saya jual buat masa ini bermula dari RM10 - RM30 sahaja..





Wednesday, 20 March 2013

KAMI KE KLINIK PAKAR

Salam.selalu kalau kita tak hamil, orang selalu tak fikir pasal lelaki...selalu pk pompuan la nyer pasal ni..tapi salah yer tuan2 dan puan..cewah..Selalu doc akan tanya lelaki dulu...sebab untuk merawat perempuan yang ada masalah banyak..tapi ubat untuk merawat lelaki ni kurang jadi apa2 doc akan pastikan lelaki tu x ada masalah dulu baru dia akan proceed dengan pihak wanita... Kalau saya salah sila betulkan..:)..tapi itulah yg saya dengar daripada docktor2 yg  saya jumpa

DAN..Malam ni dalam jam 8.30 malam encik Firdaus telah menyetart kereta dan kami menuju ke klinik pakar untuk cek kesuburan dan mengetahui apa masalah yang timbul. 

Kami pi cek di klinik di Puchong. Doktor perempuan berbangsa India. Lupa la nama klinik tu.. Very Friendly. Memula rasa segan juga tapi kami nak tau juga apa masalah an an...Selepas dia tanya kami apa masalah kesihatan cth period dan sebagainya baru dia proceed next stage.

First cek saya dulu. Encik Firdaus menemani saya masa doc buat ultrasound. Dan doktor ni cek sambil buat penerangan dengan jelas. Rahim saya ok. Tak ada fibroid . Syukur. Cuma bila sampai bab telur , dia kata telur saya kecil..normal telur besar sikit lagi. 

Ok, cek encik firdaus pula. Dan x ada masalah pape pada bahagian lelakinya..hehe.huyehh ..yerlah mau idak risau takut la effect sebab dulu ada wat operation tiroid ke kot2 ada masalah kan. Ok, bila cek dia x ada masalah, doc cadangkan untuk cek sperma di lab. Maka 28/3/2013, encik  firdaus akan gi cek di lab di Petaling Jaya selepas doc buat surat refer ke lab tersebut dan result akan keluar selepas 3-4 hari tu. 

Dan saya pula perlu menunggu period yang seterusnya dan jika masih x ada tanda2 hamil, doc akan bg ubat yang membesarkan telur. Saya tanya clomid ke? Dia cakap bukan. Ubat apa eh?? korang tau ke? Kalau tau , mahal ke ubat tu?? .hmmm...tataulah nyahhhh....janji mak usaha noks...:P

Ok, bil termasuk sekali dengan bil pi cek sperma di lab nanti kami bayar siap2..RM 600...fuh !! malam ni melayang begitu sahaja.. Tapi kami redha ..Nak baby kenalah usaha sikit kan kan kan... 

Tuesday, 19 March 2013

VIAL PERFUMES SEPHORA

SESUAI BAGI HADIAH DAN JUGA BUAT KOLEKSI PERIBADI!!

RM 10 SATU - 


( SEPHORA PERFUME NI 90% MACAM ORIGINAL)


VIAL PERFUME SANGAT SESUAI KALAU ANDA NAK CUBA 

PELBAGAI JENIS PERFUME DENGAN HARGA YANG MURAH .

KALAU NAK DATANG AMBIL SENDIRI PON BOLEH. BOLEH 

INBOX SAYA. AREA BUKIT JALIL. 


SAYA LETAK SEBAHAGIAN SAHAJA ..ADA BANYAK 

LAGI VIAL PERFUME BRAND LAIN..NAK TAHU LEBIH 

LANJUT PI KAT LINK INI










MINIATURE PERFUMES SEPHORA


SESUAI BAGI HADIAH ATAU KOLEKSI PERIBADI



RM20 - MINIATURE PERFUMES 90 % SAME LIKE ORIGINAL. BAU YANG MEMANG WANGI. :)) KORANG PASTI SUKE PUNYERR..:) 



BG YG SUKA KUMPUL PERFUMES NILAH MASANYA KUMPUL BOTOL PERFUMES YG CUTE MIUT. 



SAPE2 YG NAK PICK UP SENDIRI BOLEH PM SAYA- AREA BUKIT JALIL:))

LEPAS HABIS GUNA JANGA BUANG BOTOLNYA....SIMPAN DAN JADIKAN 

KOLEKSI UNIK ANDA

SAYA LETAK SEDIKIT SAHAJA GAMBAR, NAK TGK 

LEBIH 

BANYAK SILA KE LINK INI








CERITA TERKINI


Assalamualaikum semua !! Huhuhu..cek bz kit sejak dua tiga menjak ni..poyos giler kan ayat.bajet bz tahap gaban Z potong dua...haha…tapi sungguh bak ang…cek busy..

First sekali my sis dah buka kiosk aksesori and kosmetik kat Econsave  ( Yg n nanti  saya uploadkan picture kiosk dia)  so saya pergi rumah dia tgk barang2 semua before dia buka kiosk baru2 ni.

Second..pergh ada second …poyos lagi..koh koh koh…saya sibuk upgradekan bisnes online saya. Saya dah malas jadi orang tengah and now saya cuba ambil sendiri semua stock. So sekarang saya dengan rasminya segala barang seperti perfume (vial) and miniature ada di rumah saya (Yg ni memang banyak stock) . Stock handbag pon ada di rumah saya tapi limited stock... Stock kosmetik In shaa Allah akan bertambah selepas ni. Baru ambil stock obuse lip tint. sukerrrr tau ..:))

Nanti next entry la saya upload segala barang2nya. Dan Alhamdulillah perfume miniature dan vial perfume sephora saya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Mood happy ..:))

Kak Tihara dengan Deqla Manjew, hari ni husband saya dah pos by Pos Laju..sorry sangat2 lambat gilerrrrr..:) Harap dapatlah memaafkan saya ya…huhuhuh

Friday, 15 March 2013

REVIEW FILEM-FILEM


Movie Marathon bersama Encik Firdaus:

Image from Google 

Dark Skies::
Movie ni berkaitan sebuah keluarga yang rumah mereka dah di mark oleh alien. Banyak gangguan yang depa x sedar berlaku dalam rumah depa. Alien tu nak amek anak diaorang  paling kecil tapi last sekali anak sulung diaorang yang kena. Habis.
Jalan cerita slow dan saya suggest x payahlah kot g nonton. Sebab x best.

Image from Google

Journey To The West ( Arahan dari Stephen Chow) ::
Cerita Cina – Journey To The West memang best! Ketawa berdekah2. ! Ada juga la part oink2 tapi nak wat cemana dah depa punya citer…abaikan ja yang tu..tapi cerita yang digarap memang best. Bermula dengan kawasan perkampungan di tepi air. Tetiba ja awal2 dah berdebar. kampung diserang dengan seekor ikan yg besar . katanya  demon . Seorang lelaki ala2 pengemis cuba menyelamatkan kampung air itu.  Dan muncul heroin yang sangat pandai menghapuskan demon juga. Selepas tewas demon air tu, pengembaraan pon bermula. Best. Ada funny , sedih semua ada. Ramai Malay pergi menonton tau. So boleh la korang g nonton untuk ketawa berdekah2!

Image from Google

Dead Man Down::
Ok, citer ni memang x best okeh. . menyampah giler dengan heroin dalam tu. Kalau ada senduk atau kuali mau kena lempar je kat muka dia. …Yang belakon jadi mak dia lagi cute okeh. Tatau sebab apa nyampah. Bukan sebab watak dia bawak muka jadi parut2 sebelah sebab xciden kereta tapi sebab mcm menyampah dengan gaya dia…eiii..oke2..citer ni berkisar pasal seorang engineer dari hungary yang terlibat dengan gangster akibat nak balas dendam atas kematian anak dan isteri dia. Tapi jalan cerita memang payah nak paham. lembap.slow.dan meluat.jadi jangan tengok.sekian!

Image from Google

Lawak Ke Der 2::
Haaaa..yg n ketawa non stop. Encik suami sanggup tahan x nak terkucil takut termissed  citer nya.. Dia bukan movie ada kesinambungan..dia show kat istana budaya. Ada Boboi, Jozan dan Harith Iskandar. Dan Nabil sebagai pengacara. Dan lawak2 depa memang lawak giler!!! terutama part Boboi jadi pramugari kat Redha Airways..akakak!
memang mantap.! Korang bayangkan saya gelak sampai air mata meleleh dan spek mata berwap! dalam panggung tu orang gelak mcm nak pecah panggung! Encik somi gelak sampai senak perut! Ada yang gelak siap tepuk2 tangan termasuk saya!Macam pesta tau! serius pi la tgk..memang lawak.Tunggu part Boboi! Harith lawak memang klassss! Jozan kiut jer…so korang pi la tgk!

APA ITU PRE SEED?


Salam semua….maaf ya kawan2 lama x bersua dan banyak yang saya belum follow back dan yang belum saya terjah MAAF SANGAT2!… Ok, saya nak langsaikan hutang saya dengan Blogger Deqla… Deqla comel ada request saya untuk buat entry pasal PRE SEED (brand dari USA).  Dan saya beli di Farmasi dalam RM 92.++
BACA DI FORUM INI “HOW TO USE PRE SEED LUBRICANT

Image from google


Pre Seed ni ialah lubricant atau cecair yang digunakan oleh isteri semasa bersama suami..Err yang x kawen lagi sila pejam mata..hahaha dan yang x kawen lagi jangan duk mencuba nooo..Koh koh koh!

Pre Seed ni sesuai untuk orang yang sedang ber TTC… Maksudnya orang yang sedang cuba untuk hamil. Pre Seed n juga sangat sesuai untuk mereka yang cik “V” mereka kering  ketika bersama.

Pre Seed ni sangat mesra sperma. Bukanlah maknanya dia jumpa sperma dia akan berborak sakan dan say “Hai! nak pi mana tu? Mai la singgah sini dulu pekena teh tarik!”koh koh!..tidak yer tuan2 dan puan.! Tidak tidak..!

Maksudnya dia tidak membunuh sperma malah dia akan menyuburkan lagi sperma especially bila vagina kita kering dan berasid, bila sperma masuk, sperma akan cepat mati. Lubricant2 yang lain tidak mesra dan sangat sombong dengan sperma..boleh gitu?? hahaha..yakni, untuk yg TTC anda tidak seharusnya menggunakan lubricant jenis2 tu …yang saya tahu ada dua sahaja yang mesra dengan sperma iaitu PRE SEED dan CONCEIVE PLUS . Harga memang mahal dari biasa2 nyer sebab dia mesra kan kan..Saya beli ni di FARMASI AA SRI PETALING. Kalau nak beli Online, boleh beli di HAMIL COMEL.

Deqla, cara2 nak pakai dia cenggini. Nampak dak yang ala picagari kat gambar tu?? seram okeh!!!…Kak intan beli sekotak dan dalam tu ada 9 tube (picagari) . Picit dalam 3 ml buh dalam tube tu. Pastu suntik bubuh dalam cik V . Pre seed ni pakai dalam 10 minit sebelum bersama katanya…

Akan TETAPI…disebabkan ketakutan nak menyuntik guna tube tu.(Gilerrr   Seraaammmm dikkk pakai benda ni) maka gunakan secara sapu dengan tangan ja di cik V..sapu bagi dalam sikit….pastu sapu ket pada apa ya..alaaa suami nyerr la..(serius malu nak tulis- merah padam rasa nih)…hahahaha…lepas tu boleh la bersama…Dan kalau baca di tenet pasal pre seed ni especially di US, ramai juga yang berjaya hamil. Takpa, kita berusaha kan manalah tahu kan..Yg penting usaha. In Shaa Allah…

Oh tube tu lepas sekali guna sila buang ya..jgn duk hegeh pi basuh pastu guna pulak..euuuuwwwww..tidakkk..akakakakka…

Conceive Plus sama ja fungsi nya dengan Pre Seed..Conceive Plus boleh cari di Farmasi Caring ..Masa saya beli di Farmasi AA saya tanya juga Conceive Plus ada x, dia cakap dulu ada, sekarang mereka stop dulu sebab conceive plus akan come out dengan new product ..so, sesiapa yang sedang ber TTC , boleh juga cuba ni selain cara2 yang lain.

Lagi satu , ada juga yang jenis x ada tube, maknanya dia jual jenis sapu je…tryla yer cari.

So Deqla, hope deqla puas hati walaupun kak intan rasa belum lengkap lagi penerangan ni namun harap puas hati..kalau nak tahu lebih lanjut leh godek2 kat tenet lagi pasal ni.
Doakan kami semua ya!

Friday, 8 March 2013

REVIEW MOVIE: OZ THE GREAT and POWERFUL



Ok, malam ni saya dan encik firdaus dah pi tengok movie ni. Kami pi naik belina gondang sebab rasa macam dah lama x ronggeng naik dia. 

 9.30 tayangan bermula.


Kisah mengenai seorang magician ala2 funfair bernama Oz masuk alam lain lepas termasuk ke dalam puting beliung selepas dia naik belon panas . Dia terjatuh ke sebuah negara bernama negara Oz sejibik cam nama dia juga. Kat negara tu depa semua meramalkan bahawa akan datang seorang wizard lelaki yang akn menyelamatkan depa ni semua daripada ahli sihir yang jahat. Masa dia jatuh kat negara tu, Oz bertemu seorang wanita bernama Theodora . Siapa Theodora? (xmau cakap sapa la..hampa pi tengok sendiri naaa.) heheh 

Oz ni bukan ahli sihir pun tapi disebabkan dia nak dapatkan takhta dan emas maka dia mengaku dia tu wizard ....dan dia terpaksa melawan ahli sihir yang jahat sebelum takha dan emas dia dapat ..dan Oz setuju..maka bermulalah adventure dia mencari ahli sihir jahat tu..Siapa ahli sihir sebenarnya?

Dia melawan ahli sihir itu bukan dengan sihir...tapi dengan kepakaran magik dia sebab akhirnya dia mengaku bahawasanya dia takda pun sihir dan dia bukan ahli sihir seperti yang penduduk negara itu ramalkan .

Ada watak monkey yang boleh cakap dan mempunyai sayap (very funny watak ni) , pastu ada watak gadis porselin dan orang kenit pon ada. 

Oz, monkey dan gadis  porselin tu travel ke tempat ahli sihir jahat tu dan Oz perlu ambik tongkat sakti ahli sihir jahat tu dan perlu dipatahkan seperti yang diarahkan.. tapi apa yang berlaku selepas itu sangat memeranjatkan...Nak tahu lebih lanjut, kena pi tengok sendiri la.koh koh koh...  

Tapi bagi saya Jack The Giant Slayer lagi bagus daripada movie ini. Namun movie ini tetap ada adventure nya yang tersendiri. Tapi saya lebih suka menonton Jack The Giant Slayer..:)


Saya menunggu movie G.I. Joe pula selepas ni..dan juga Snitch pun telah ditayangkan x silap saya pada hari ini. 


Thursday, 7 March 2013

SERIOUSLY REMOVED OR HIDE ALL POST FROM SHE/ HE

Apabila membaca entry dari Blogger Falsya pasal INI,  tetiba rasa saya pun  nak habaq bagi, saya di FB sesiapa yg melampau sangat dan taksub dengan mana2 parti politik yang dia sertai,  hari2 posting dan share segala mcm bentuk sama ada berbentuk kata2 atau gambar yang boleh mengaibkan sesama Islam, memang saya removed or hide semua posting dia.. Seriously dah hilang sabar sebab hari2 nak share segala benda buruk , kutuk mengutuk, perli sana sini.. Sesungguhnya memang manusia akhir zaman , beginilah agaknya ya..suka melaga2kan sesame umat Islam. dan akhirnya permusuhan terjadi, syaitan bersorak kegembiraan melihat apa yang kita telah lakukan. Hebat…

Saya BerFB untuk melihat kebaikan, share perkara yang mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama Islam, ber FB untuk tersenyum melihat perkara yang baik bukan nak baca , lihat  caci maki dan benda2 negatif. Memang takkan bersatu umat Islam jika keadaan macam ini sebab apa, segala macam benda /perkara semuanya nak dipolitikkan. Kadang2 saya melihat FB atau medium yang lain dah menjadi tempat memecah belahkan umat bukan tempat untuk mengeratkan umat Islam. Seriously saya rasa sangat jelak dengan semua ini. Berpolittiklah namun janganlah ada cercaan, hinaan, tuduhan..Islam x pernah mengajar kita untuk menghina sesama Islam. Islam x pernah mengajar kita untuk mencaci, memaki, dan segala juga perkara yang negative.

Sebarkanlah perkara yang baik. Jika ingin menarik orang ke mana2 parti politik yang anda taksub sekalipun , ajaklah dengan baik, ceritakan perkara kebaikan, jangan mengumpat atau mencaci maki orang lain. Berpolitiklah  dengan tenang dan sewajarnya.  Dalami Islam dengan sedalam2nya. Jangan dalami politik sedalam2nya kerana kita  xkan ke mana dengan ketaksuban politik.  

Dulu2 saya suka tengok bila tiba pilihan raya sebab orang pasang2 bendera  sebab rasa mcm pesta…Tapi.. Sekarang saya dah x syok langsung. Dulu, habis pilihanraya semuanya masing2 buat kerja yang terbaik namun kini habis pilihanraya nak tunggu 5 tahun lagi, sepanjang tu lah hidup ni disajikan dengan pelbagai posting, share yang semuanya mengaibkan umat Islam sendiri. Maaf andai sapa2 yang terasa tapi inilah yang saya rasa dan saya x suka umat Islam berpecah belah dek kerana haluan politik yang berbeza,

Ya ALLAH ya Tuhanku, satukanlah kami umat Islam di dalam satu bahtera dan jauhilah kami daripada perpecahan.. Ameen.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Assalamualaikum. 

REVIEW MOVIE: JACK THE GIANT SLAYER


Salam semua..i’m back..:) okey, sekarang dah pulih sikit2 dah.. Terima kasih atas doa dan semangat yang tak putus2 dari semua sahabat. J dan yang pasti saya dah mula bq slow2  dah…yg mana saya belum terjah harap bersabar ye..heheh..:)

Okey kat sini nak story pasal movie yang saya dah tengok:

Jack The Giant Slayer



Saya ni suka sangat tengok movie yang based on cerita dongeng English atau Movie English yang ala2 Tangled ( animated movie) , Puss In Boots, Narnia, Hansel and Gretel, Harry Porter dan sekarang saya sudah tengok movie Jack The Giant Slayer..ala cerita ni based on cerita dongeng English “Jack and The Beanstalk” . 

Dalam movie ni seorang anak muda nama dia Jack tinggal dengan bapa saudara dia. Jack pergi ke pekan untuk jual kuda dia. Dan di situ telah berlaku kekecohan. Dan Jack telah berkenalan dengan Puteri Raja berjiwa rakyat. Di situ juga Jack mendapat biji kacang dari seorang paderi.

Bapa saudara Jack marah sebab tukar kuda dengan kacang dan bapa saudaranya keluar rumah pada malam itu untuk mencari duit agaknya sebab diaorang dah x ada duit. Kacang yg diberi oleh paderi tadi tidak boleh terkena air…Namun sebiji daripada biji kacang tu terjatuh ke bawah rumah Jack setelah dilempar oleh pakcik Jack...

Pada malam itu tetiba hujan lebat... sementara tu puteri tadi keluar dari Istana untuk berjalan di sekitar kawasan negerinya dengan menunggang kuda. Hujan yang lebat menyebabkan Puteri tu cari tempat berlindung dan dia jumpa rumah Jack. Sekali dia masuk dalam rumah tu dan jack kenal puteri tu., tengah duk chit chat chit chat baik punya..sekali dusyummmmm!!! pokok kacang tumbuh..dannn…hampa semua kena tgk sendiri laaaaa citer seterusnyaaa……Koh koh koh…pengolahannya bagus..and funny juga. J Scenery dia pon cantik. J So adik kakak abang pakcik makcik boleh bawa rombongan Cik Kiah menonton cerita ni. Adventure tau! Best!


Yang ni belum sebab baru start tayangan today 7 Mac 2013

Oz The Great Powerful




Belum tgk lagi..Dan nak pergi tengok…:)) dan nanti dah tengok saya buat review tentang movie ni okeh..:)

Tuesday, 5 March 2013

UBAT KLINIK, PRE SEED, TERMOMETER BBT 2 DECIMAL

UBAT KLINIK
Salam semua..Maaf kan saya sangat2 sebab saya bukan sengaja x nak bw blog kwn2..tapi saya memang x sihat..dah lebih seminggu batuk menyerang...memula encik Firdaus teruk sampai tak boleh tidur dia especially malam..(sampai sekarang pon  ada lagi batuk tapi kurang sikit la) ..dan berjangkit pulak dekat saya..batuk sampai sakit urat perut.. makan ubat batuk dah hampir dua botol. semalam g opis dah makin teruk sebab ada ulser kat lidah ..badan sekejap panas sekejap sejuk...x larat sangat dah. Jadi saya amek keputusan pergi ke klinik... Doktor tanya saya ada lelah ke, sebab saya batuk  dah gaya macam org lelah dah...huhuhu..lepas amek ubat balik rumah rehat... penat nyer batuk ..nak tidur asyik terjaga je sebab nak buang kahak..:(( Doakan saya cepat2 sembuh...ubat klinik dah makan...dia bagi ubat wheezing tau! sebab doc cakap sound saya dah macam semput!..dan sekarang masih batuk.


PRE SEED
Ini ialah lubricant atau cecair yang diperlukan especially untuk wanita yg ingin kan anak dan sedang ber TTC (Trying To Conceive). Ini sesuai jika "V" berasid , Nak tau apa dia berasid dan bagaimana, boleh BACA DI SINI.   Pre seed ni tidak membunuh sperma dan ia membantu menyuburkan sperma. Ada dua jenis lubricant yang saya tau tidak membunuh sperma iaitu Pree Seed dan Conceive Plus. Pre Seed ni saya beli Farmasi AA Sri Petaling dengan harga RM92.90..Boleh search di LINK INI untuk mengetahui lebih lanjut. So yg sedang ber TTC, boleh la cuba. Ada juga yang jual online. harga berbeza2. 

TERMOMETER
oleh kerana saya sedang berTTC, maka saya beli juga termometer 2 decimal ni..Saya beli online je di FB HAMIL SI COMEL. RM 36 free postage..Termometer ni digunakan untuk mengukur suhu badan kita dan kita boleh tahu bilakah waktu subur especially orang yang period tidak tetap. Ia nya lebih tepat berbanding termometer biasa kerana walaupun suhu naik sikit pon katakanlah 0.1 , termometer tu tetap boleh baca suhu badan. jadi kena rajin lah. Bangun pagi2  je tanpa buat apa2 lagi, x gosok gigi lagi, ambil termometer tu letak bawah lidah. Dia boleh on/off sebab berbateri yer. Bukan manual.. Kita boleh baca suhu dalam Fahrenheit atau Celcius...Catat suhu dan kita boleh buat graf ...baca graf suhu dan kita boleh tahu bila kita subur..Boleh belajar buat CARTA DI SINI.

"Weekend baru ni saya dan encik firdaus menghilangkan rasa sunyi kami ronda sampai malam, buat benda2 yang menghappykan diri . Mungkinlah sebab bila tgk FB ada kawan2 baru dapat baby, kawan saya dan kawan encik firdaus..jadi kami rasa la mcm mana ntah..tatau nak cakap..so kami kuar relaxkan minda. Tu lah kadang2 datang masa tu tetiba rasa sedih benau.. Kami pi tengok wayang Jack The Giant Slayer. Memang best ! Kemudian, kami nak tengok Rock OO tapi takut  x best movie mcm hari tu tgk Husin Mon dan Jin Toncit memang x best  so kami decide tengok movie Dark Skies.Bila dah tengok hampeh ...Movie ni kategori movie english yang x best langsung..Kami dua tengok movie duk lawan batuk sampai saket perut..hmmm" 

Untuk hadiah GA  , 
Saya dah post untuk Ina (post semalam) dan Umi Alya (post hari ini)hadiah dah pos dah. 
Untuk Kak Tihara dan Deqla esok yer pos. 
Saya x bw lagi yer kawan2..slow2 saya bw...kesian kawan2 yg datang jengah blog saya tapi saya x singgah2 lagi...sorry ya...