Thursday, 31 January 2013

4 PESANAN


Salam, saya busy giler.

Ada 4 perkara kat sini saya nak bgtau: -

  • Yang mana saya belum published komen anda yg join GA , jgn risau , sebab saya akan go through satu persatu sebelum published. Maknanya saya akan terjah dan follow back anda dan komen entry anda sekali..:) OK? So jgn risau ye..:)

  • In Shaa Allah Saya akan BW esok sebab saya cuti (cuti Hari Wilayah esok! Wihuuu!!!) untuk yg datang terjah saya.:) dan juga bloglist saya. So sorry guys, just sempat tulis yang ni je. Nak BW saya x sempat lg. Lagipun hari ini migraine!

  • To Waniey aka Ibu Qalief, Hadiah dah sampai. Nanti kak intan up entry ok sayang..:)
  • To Ina Sazali (winner my 1st GA) , esok kak intan postkan hadiah, In Shaa Allah.

Wednesday, 30 January 2013

“KISAH CATWALK KU”


Pasal bijik mata saya yang rabun dan saya telah buat sepek mata yang membuatkan saya jalan catwalk bagai nak terjunam ja rasa..jadi saya telah membuat pemeriksaan lagi sekali..koh koh koh …dan jawapannya power rangers mata saya tetap sama..ngee:P

Dan saya dikehendaki pakai selalu supaya catwalk saya dapat dipulihkan seperti biasa menjadi humanwalk..ok ok…saya akan cuba! Selalu orang tulis “caiyok” but saya tgk kawan2 cina saya tulis “Jia You” …bermaksud caiyok ler..kekekek..bw slow2 yer.

Tuesday, 29 January 2013

WE R BIG FAMILY - BLOGGER


Saya suka berblog! Saya sangat2 hargai kawan2 blogger sebab semuanya OHSEM!!! Lepas tu saya dah realize bahawa dunia blog lg best dari FB , twitter bagai..betoiiii… Antara rakan2 blogger yang ohsem ialah blogger Cikna, Naniey, Kak Ana Ibu Lala, Izan Mama Mia, Kak Tihara, Kak Ieda, Deqla Manjew, Aisy Nasiha, Ciksu Qasehnya Rania, Ceqgu Anes, RedZa, Nick Nashram, Neolopah, Waniey, Mimie, M Si Mata Tajam, Cheqkaq, Kak Zakie, Nisah Idham, Pinky, Onie, Nadia, Falsya, Mamarey, Kak Kesuma Angsana, Kak Mirror, Abang Tirana Aduka, The Malay Male, Wan Nurul Hezrina, Intan Berlian (Ina) , Kak Fieda, Azie Alahai Kak Jemah, Kina, Nabilah, Umi Alya, Ratu Hati, Nasridz (Sharing Is Caring) , Reena’s Online, Ena Palace, DQ, Cikgu Ma, CMA, cikmot, Che Ros Cute, Kak MP (mulut payau) dan semua2..(JANGAN MARAH tak tulis ni..x larat nak taip tapi saya tetap sayang korang semua tau!!.koh koh)

Saya dapat banyak informasi, maklumat, panduan dan pelbagai idea dan pengalaman dari kawan2 blogger saya! U r really superb!! Alhamdulillah dan bersyukur kerana saya dianugerahkan kawan yg  baik yang saya kenal di alam maya ini. Saya tatau lagi cemana nak nak cakap betapa saya menghargai kalian semua! Sayang sangat dengan persahabatan ini. Orang yg berniat jahat dan cuba pecahbelahkan kami sebagai sebuah keluarga blogger yang besar ini minta jauhkan dari diri anda dari kami.  

MY BIG FAMILY..I LOVE U’OLLS

HOBI - FRIDGE MAGNET HANDMADE

Salam, baru sudah mengaler FM ni. Semalam proses membentuk dan mengeringkannya. Hari ini mengaler lak.sapa2 yg nak beli boleh la pm saya, murah2 je..ececeeh..yang anggur tu x boleh yer sebab nak kasik kat pemenang sebelum ni..Koh koh koh...!

-BELUM BUH VANISH BAGAI LAGI OK. :)
-Epal dalam pinggan tu special sikit sebab tangkainya dari bunga cengkih

So layankan..sebarang komen sy terima dengan ati yg terbuka demi perbaiki lagi benda2 alah yg saya duk buat..cayang korang!

Nak tanya pendapat korang, yang kucing hitam tu korang suka mata menegak ke mata melintang? koh koh koh:P

ladybird 

Kucing mata menegak

Kucing mata melintang


Buah epal dalam pinggan

Buah epal dalam pinggan





Monday, 28 January 2013

KENAPA SAYA TAK BOLEH BUKA

DARI HARI SABTU X SILAP DUK PULUN BUKA BLOG MIMI TAPI X BOLEH2...SEBAB APA YE? BILA BUKA JE JADI MCM NI..KORANG ADA ALAMI MASALAH SAMA SAYA TAK? 



PEMENANG GA FM 1ST TIME HANDMADE IALAH...

Encik Firdaus saya telah dan dengan sukacita nya telah mencabut undi untuk pemenang GA ni. So sudah ada lah pemenangnya .

RUJUK NO ANDA DI SINI.

OK before tu hadiah untuk pemenang ini ialah  :
1) 2 biji FM tadi 

Dan hadiah misteri berupa: 
dah x misteri dah ler..:)

2) Buku Game "Sudoku Volume 4"- so leh ler men game ni 
3) Charcoal mask (from my "Koleksi TanTinTun)

Jadi pemenangnya ialah..saksikan...koh koh koh..jadi pemenangnya sila bagi nama alamat dan no tepon kat komen yer..takper saya x publish details tu ..:)








>
>
>
>

>
>


>
>

>
>
>
>
DAN PEMENANGNYA IALAH..........TAHNIAH!!!





GA DITUTUP & SENARAI2 PESERTA

Salam semua, 

GM FM 1st TIME HANDMADE telah ditutup.Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada suma2 yang sudi join! Terharu garu giler tau sebab ramai juga yg sudi join GA saya yang tidak seberapa ni..hehe..



MEREKA2 YG VERY SUPPORTIVE ITU IALAH: 


  1. http://mimialya1.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  2. http://lobaksusuegacontest.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  3. http://cintaitumisteri.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade-dari-cik-intan.html
  4. http://gulahatimama.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  5. http://umikasum.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  6. http://nasrizfardisza.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  7. http://angellovesoldier.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  8. http://strawberrychocolateofsyamie.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  9. http://kekapasberceloteh.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  10. http://justforcontest.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  11. http://farahstorysite.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  12. http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  13. http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  14. http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  15. http://inasazali.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  16. http://blueyarns.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  17. http://wanieysqaliefsuka-ga-contest.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  18. http://blogchocolatemint.blogspot.com/2013/01/blog-ga-fm-1st-time-handmade.html
  19. http://nazirahnyerr.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  20.  http://talethatneverend.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  21. http://saytoalhamdulillah.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  22. http://intanberliangacontest.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  23. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  24. http://nidajiwakosong.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  25. http://miszpinkies.blogspot.sg/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  26. http://kisahsidairy.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  27. http://iweaiyraa.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  28. http://aqoustica.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html
  29. http://nabihahsejutarasa.blogspot.com/2013/01/ga-fm-1st-time-handmade.html


Saturday, 26 January 2013

GA ( FM -1st TIME HANDMADE)

X  menahan tajuk entry ni. OKey kat sini saya nak bg ler hadiah yg tidak seberapa ni untuk kengkawan iaitu FM hasil buatan tangan saya sendiri sebelum saya start bisnes FM ..tudiaaaaaaaaa lagi x tahan ..nak bisnes pulekkk..support me yeahhh..:) 


Syaratnyer senang saja: 

1) Copy dan backlink gambo ataih ni ha..
2) Follow blog ahkak/ahdik ni yer 
3) Buat entry simple je dengan tajuk kat atas
4) Tinggalkan link cayang2 sekalian di cini yer...:P 

Hadiah :
1)    Dah tentu FM2 tu..
2) Dan ada benda lain yang akan saya kasik..misteri..:P

Saya tutup peraduan ni pada hari Isnin 28/1/2013 -  Jam 10 pagi 


Hakim pertandingan ialah Belina Gondang saya..errrkkkk dia motor cemana nak wat pilihan kan..errr salah2 , Encik Firdaus yakni hakim akan memilih pemenangnya yaaa..:P
So good luck..Koh koh koh!

IKAN TEMENUNG DAN IKAN MATA UJI RASHID

Sampai sekarang favourite saya ikan tapi saya x suka fish n chips..errrkkk cemana tu? hehe..suka lamb chop..

Ok, cepat2 taip, nak kuar ronggeng nih..

Suka goreng ikan garing2 especially ikan termenung...pastu gaul nasi dengan kicap ..pErgHhhh Sedap!! .Ni sebab terbaca  entry pasal kicap kat BLOG CIK AINI... tu yg tetiba tingat ikan temenung ni...Tau ka ikan temenung tu ikan apa? oRg KedaH tau kot... Ikan temenung is ikan kembung..ceeeeehhh speaking satt..hehe

Dari kecik lagi org duk sebut ikan mata Uji Rashid..Nape gitu? mungkin sebab mata ikan tu bulat dan besar macam Uji Rashid. 

Sekian, nanti saya bw kat umah kawan2 okeh..mana yg x sempat tu saya mintak mahap yer... loading terhegeh2 tenet saya ni sebab limit dah sampai..heheh..nak kena g bayo dulu.

Sorry x ada gambar sebab tenet loading slow so nak cari gambar kat Gogoi x leh..slow benar..gogoi tu google ..koh koh


Friday, 25 January 2013

DOUGHNUT FROM CLAY

Jemput makan..:)  koh koh koh..no no no..tidak boleh dimakan ye syg2 sekalian...

Ini hasil kerja tangan saya ..Yang ini made from soft clay...sesuai dijadikan keychain.. seronok buat kraft cuti2 ni sambil mewarna... So enjoyceeeee..:)



Thursday, 24 January 2013

MY FIRST KAWAI GIRL FROM POLYMER CLAY

Ni la pertama kali buat kawai girl (belum siap lagi sepenuhnya, belum kaler bagai lagi..ini lepas saya membentuknya)..sesuai untuk buat keychain dan juga phone strap dan mungkin FM juga..

Saya nak hasilkan banyak2 sebab nak letak kat kiosk kakak saya nanti..:) In Shaa Allah kiosk my lovely sister "La Senorita" akan buka bulan 3 ni di Kota Kemuning. Doakan perniagaannya berjaya. 

Hari ini seharian buat pelbagai kraftangan..:) 


RABUN DAN KACA MATA

Pertama sekali" Salam Maulidur Rasul" buat semua rakan2 blogger..

Inilah spek mata saya yang saya citer tempoh hari. RM 88 (masa tgh offer) -The Mines. 

"Tapi saya rasa nak pi semula kedai ni sbab saya rasa pening sikit dan penglihatan terlalu jelas ..Mungkin power terlebih banyak kot...boleh kan kalau kita g balik kedai suh dia tukar power kan kan?"

Bila pakai, jalan pon rasa nak terbalik..kaki jalan da macam catwalk sakan dah ni..hehe..





Wednesday, 23 January 2013

CARA KUNJUNG BALAS KEPADA BLOGGER YG DATANG KE BLOG

Salam, selamat pagi...

Nak tanya sayang2 saya sekalian balas kunjungan blogger mcm mana? :

  • Saya mula-mula balas kunjungan, bila tgk dashboard , banyak kawan2 yg update citer baru saya komen..


KEMUDIAN SAYA TUKAR HARI INI DAN SETERUSNYA IN SHAA ALLAH MACAM NI.

  • Setiap komen pada entry saya, saya baca satu2 persatu,  lepas tu pi kat umah tuan tanah tu, komen entry dia..lepas tu publish komen yg dia komen kat entry saya..pastu go through lagi blogger lain yang komen. Lepas dah go through semua, baru saya komen blogger lain yg update entry...Korang macam tu juga ke? ke ada tips lain?



Tuesday, 22 January 2013

B.U.S.Y

Sorry sangat wahai semua kawan2 tersayang! Saya busy super duper hari ini dengan kerja. Sorry ye.. Kang saya balas BW sayang2 semua ye..koh koh koh!

OK, kat sini saya nak share hasil kerja tangan sy yang pertama. Boleh buat fridge magnet and keychain too.. Ni untuk future plan saya..:) Sorry x cantik ..Akan diperbaiki selepas ini! hehehe..

Gambar 1: 1st Fish FM made by myself. Akan improve lagi. 
Gambar 2: An owl, burger & apple ..x cantik kan? tak apa, this is my first handmade ..will improve lagi. 

GAMBAR 1
GAMBAR 2

Monday, 21 January 2013

KELOPAK MATA vs KOMPANG KAHWIN


Sapa penah buat dan ingat perkara ni??

Wooot Woottt~!!!
Kelopak mata tu korang kasi lipat naik atas pastu usik kawan konon antu..Nampak merah jerrr...dulu kecik2 selalu buat..dah besau x berani den haaaa.

Ni kisah lain pula, tingat zaman uitm dulu:
Satu grup cakap “KELOPAK”
Satu grup cakap “JANTUNG”

So sorang instructor akan tunjuk grup yg sebut Kelopak so akan sebut KELOPAK KELOPAK KELOPAK

Then tangan dia akan show pulak grup jantung ..so ramai2 kata “JANTUNG JANTUNG”
Ikut jer tangan instructor tu..

So bila dah ramai akan jadi KOMPANG ORANG KAHWIN..

“kelopak kelopak kelopak jantung jantung jantung kelopak jantung kelopak jantung”

FAHAM? X FAHAM? Maaf ler x dapek nak nolong nyer eh. Saya tengah ngantuk tahap gaban. Sekian

AKHIRNYA...


Setelah berkurun spek mata saya patah seribu...akhirnya semalam saya jalan2 kat The Mines, ada promosi RM88 jeeeeekkk uolsss spek mata..Apa lagi, saya terus buat...sejam siap!


Ni BukaN sPek Mata cek tapi  Cek  ROmpaK Dari GooGle Image !


Duk nunggu spek mata g  dulu Old Town minum lemon tea ice dengan roti, encik somi nasi lemakkkkk di malam hari!!

Tengah nak ngap roti berdering tepon gtau dah siap spek cek. So apa lagi berdezuuppp lari g amek.. Siap, pakai dan masa tu RASA JALAN CEK DAN LINTANG PUKANG! WOW ! JELAS !!! TEKSTUR KULIT ORANG DARI JAUH CEK BOLEH NAMPAKKKK WOOOOOO!!! 

Sekian. Salam pagi Isnin!

Kenapa banyak tanda seru!! Entahlah..cek tatau!..hheehehe

Sunday, 20 January 2013

ALOR SETAR, KEDAH

Pelbagai pemandangan di pinggir Bandar Raya Alor Setar, Kedah yang saya ambil masa pulang ke Kedah, my hometown baru ini. Hometown saya di daerah lain. Ni jalan2 ke Alor setar .
So enjoyyyyssss..:)



















Friday, 18 January 2013

ORDER DIBUKA SEKARANG!


TUDIAAAAA! BISNES CAM BINA BANGUNAN JE..WALHAL JUAL MASKER JA..KOH KOH KOH..


Disebab kan Neolopah  (sedara Neelofa) sudah order dengan saya masker arang atau charcoal masker  untuk next week…saya nak tanya sapa nak lagi…? Nanti saya pi amek stock banyak2…Tudiaaaaa…heboh tang ni sat..kah kah…


Okeh Neolapah, dah simpan dah satu untuk adikku ini..koh koh koh!


P/S: Sapa ada jerawat banyak , sila pakai facial essence dulu sebelum tepek masker nih..sat lagi nak tarik jenuh tercabut jerawat pulak..ni nak elakkan rasa sakit ja..ini tips pada yg nak pakai. 

AKU BERLARI UMPAMA USAIN BOLT KERANA…


Ada satu kisah BENAR masa saya baru masuk darjah 1 dulu. Kes ni masa awal2 masuk dulu. Dengan ikat tocang dua kat rambut, pakai unform skirt tu..(cute ja rasa masa tu..koh koh..pasan jap!!)

Saya nak terkucil.. Terkulat2 menahannya.  Cakap dengan cikgu nak gi tandas..Lepas cakap lari pecut 100 meter kalah Usain Bolt tu..sebab fuh dah hujung2 dahhh…

Saya berlari walau selaju Usain Bolt tapi dah sebab tak tahannya terus masuk TANDAS KAUM ADAM @ LELAKI. Sebab sebelum TANDAS KAUM HAWA @ PEREMPUAN, akan jumpa tandas kaum ADAM dulu kemudian barulah tandas kaum Hawa. 


Saya dah tak kira mana yang sempat saya bedal masuk. Al maklumlah darjah 1.Pedulik hape masa tu difikiran! 

Fuh Legaaa den…Tapi ada masalah baru timbul!

Saya  dengar sora kaum adam yakni budak2 lelaki. Suara mcm abang2 darjah atas je..mungkin 4,5 atau 6. Saya diam dalam tandas tu.Lama jugak. Bila dah tak tahan, saya buka pintu!! 

Terkojut humang aih dak2 laki kat situ. Depa bukan gelak tapi terkejut! Saya pulak dengansekuat tenaga yang ada berdezuppp saya lari x hengat punya dan sekali lagi aksi Usain Bolt berlaku!Zaaassss lariii.. Malu wehhhhh…. Pengajaran tol!

LINK KASI MARI AKAK JUGAAA…


Saya pon tetiba nak wat entry macam Falsya buat…Ada  follower saya yang x ada link so cemana saya nak follow balik..huhuhu..bukan sombong…sesetengah x ada link.. adeh adeh..yg mana ada link saya belum follow , tunggu yer..saya akan datang…

Kang nanti x pasal2 kata sombong..bukan dikkk…ahkak ni ramah tamah dikkkkk..:) Cuma masalah link lik kolink ni korang x ada bg ataupun korang hide..kalau nak privatekan x dapek la nak nolong..hehehe..

Apapun tq ya sudi folo ahkah ni dikkkk..:)

Thursday, 17 January 2013

COMPACT POWDER SAYA TELAH..

Kisah tahun 2007 mcm tu..masa tu masih keja kompeni lama. Saya baru beli compact powder maybeline .. :epas beli terus masuk tandas opis! Tandas opis kecil ja...lg pon tandas tu x cermin bagai. 

Saya masuk toilet , buka compact powder nak touch up di muka. Sekali lepas buh di muka, berdezzzzzuuuuup jatuh dalam lubang jamban!

Sedih dan hanya mampu melihat lubang jamban itu! (Korang bayangkan saya sedih sambil diiringi lagu2 sedih macam dalam filem hindustan gitu!) 

Sekali je dapat pakai..selebihnya masuk jamban!

Tuesday, 15 January 2013

KHATIJAH TAN BERLAKON DALAM SIRI DRAMA “MERLIN”


Semalam tgk episode akhir Merlin , encik somi saya beberapa kali dah duk sebut pasal ni bila tgk siri Merlin ni…Cuma saya  baru tingat nak bgtau hampa semua..Ada ka dia kata

“Eh, muka Princess Gwen ni macam Khatijah Tan la…”

Errr..ada ke? 

BUKU DARJAH 3 BELUM BANYAK DI PASARAN BUAT MASA INI


Salam semua ..selamat pagi…

Kalau pergi ke kedai2 buku, buku Tahun 3 tak banyak ada kan? Sebab sekarang saya dan editor2 lain sedang update untuk sistem baru untuk Tahun 3..Tahun 3 dah ikut buku teks latest dan ada  PBS macam Tahun 1 dan 2, ..so saya tengah gigih menyiapkan raw material ni untuk dijadikan sebuah buku untuk student Tahun 3. So tunggulah ye..mungkin bulan 4 ni In shaa Allah ada di pasaran..

Walaupun buku senipis dengan harga RM2.50 cth  jika buku latihan, korang tahu step nak siapkan dari awal sampai habis memakan masa hampir 7, 8 bulan juga…

Bermula dengan offer pada pengarang. Kena offer seawall 3 bulan untuk bg masa mereka siapkan manuskrip. Jika saya yang menulis.. saya ambil masa 2-3 bulan juga ikut pada berapa page yg perlu disiapkan. Kemudian bila siap manuskrip, perlu lihat apa lukisan yg perku diselaraskan dengan latihan buku tersebut. Dan bermulalah proses EDITING atau SUNTINGAN. Kadang2 preschool book kita nampak mudah kan, tapi proses nak siapkan sungguh lama nak habaq bagi kat hampa. Lukisan lagi. Setting lagi. Banyak lagi benda2 yg perlu dititikberatkan. Kalau saya kerja magazine dulu tiap2 bulan dateline sangat2 tight..semuanya berkaitan dengan ketepatan masa. Koh Koh Koh..

Monday, 14 January 2013

HABIS MASKER ARANG CEK DEPA SAMBAQ



Ok, cek bawak mai opis, abis kena sambaq.. Kakak  cek pon sambaq jugak satu… tak dan nak kata apa.naseb cheqkaq sempat sambaq satu…

SAPA NAK ORDER HABAQ MAI NA..

Postage bukan rm5 ya..rm6 sebab tadi dah pi post ofis, depa caj rm 6 kat barang2 yg saya pos..

Errr awat sat cek sat saya..bengong sat petang nih..koh koh koh

ALHAMDULILLAH!!!

GENAP 5 TAHUN PERKHIDMATAN


Hari ini tanggal 14 Januari 2013 selain birthday suami saya, hari ini genap 5 tahun saya menjadi staff di syarikat Popular Holdings Ltd. Alhamdulillah dan saya bersyukur rezeki saya masih ada di sini dan selagi ada daya In Shaa Allah saya akan terus berbakti dan terus bergelumang dengan buku2 dan member sumbangan kepada anak2 yg sedang bersekolah …koh koh koh..!!!

Di sini saya banyak belajar menjadi seorang yg lebih kreatif, memahami kehendak pendidikan zaman sekarang dan dikelilingi dengan buku-buku merupakan salah satu perkara yang membahagiakan..cewah!! Err kalau dikelilingi novel lagi bahagia kot..akakaka

Walaupun majority kat sini bangsa Cina dan sikit sahaja Melayu, namun hubungan kami erat. Dan In Shaa Allah untuk Staff Recognitian Awards 2013 (SRA) nanti, x ada aral saya dan beberapa staff lg akan naik pentas untuk terima anugerah perkhidmatan 5 tahun..cewah! Doakan ya..haha…

P/S: Belum dapat BW sepenuhnya..saya pi slow2 setiap rumah ya….ngeeee:P

SANAH HELWAH MR FIRDAUS OSMAN

Sanah Helwah kepada Encik Somi Saya

"Mohd Firdaus Bin Osman"

Semoga dilimpahi barakah selalu, panjang umur, dianugerahkan kesihatan yang baik, murah rezeki..Dan semoga kita dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..Ameen!


Saturday, 12 January 2013

ANJING PUN MAKHLUK ALLAH. KENAPA KAU SEKSANYA?

Saya hari ini agak emosi. Pagi tadi turun bawah beli barang, terdengar lolongan anjing yang menyayat hati. Rupanya ada seorang manusia yg kejam dengan sengaja melanggar anjing  yang sedang tidur dengan ibu dan kembarnya. Sikit punya luas jalan dalam kawasan perumahan tu , kau pergi langgar makhluk ALLAH itu kenapa? lepas kau langgar kau lari!!!

Lepas itu anjing yang kesakitan itu berlari dan masuk di bawah kereta sambil meraung kesakitan yakni melolong sambil menyalak.! Subhanallah..korang tau, saya sebak dan sungguh sedih. Kakinya berdarah dan luka dibuat dengan sengaja oleh manusia durjana itu. Saya rasa macam nak pergi letak ubat ja..sedih tau korang ..tataulah kalau korang rasa x perlu lah nak kasihan sebab itu hanyalah seekor anjing!.

Wahai manusia yg durjana, pasti ada pembalasan untuk kamu! Tunggu sahaja.

CHARCOAL MASK @ MASKER ARANG YG SAYA GUNA

Salam semua, 

Nilah masker yang saya selalu guna. Boleh keluar blackhead dan whitehead. Saya dah pakai dan puas hati. Jadi, saya  ambil banyak stock untuk jual pada kawan2 dan Alhamdulillah laju je  sebab ramai yg satunya malas nak g cari, nak naik kereta, nak bayar parking..jadi diaorang terus amek je kat tangan saya.huhuhu  

STOCK IN HAND! SESAPA NAK BGTAU SAYA YER..Sy TAK untung  berjuta ganda pon, Just ambil duit minyak sikit je.Kalau nak diposkan terus makna kata kenalah tambah duit postage kat saya yer..:) maka barang berdesup sampai depan pintu umah. koh koh koh!

Cara pakai masker arang: 
  • Basuh muka bagi segak2 dan bersih dulu.
  • Lapkan muka.
  • Pastu boh ler masker ni.
  • Boh bagi tebal sikit la ya nanti nak cabut daripada muka senang.
  • Nanti bila cabut korang tengok, whitehead dengan blackhead tercabut sama dengan topeng korang tu. 
  • Lepas tu rasa muka suci murni ja. Amalkan selalu...








FM DARIPADA KAK ANA

Salam

Inilah FM yg Kak Ana bagi tempoh hari..Cantik Kan!! 

Nampak x surat cinta dari kak ana? hehe


Friday, 11 January 2013

TAU LAH DAH BURUK


“Eh , purse baru?” kawan saya tanya.

“em . ya..” jawab saya.

Sorang lagi lak datang tanya masa datang bayar duit nasi. Kawan2 order nasi campur dekat saya, so kena la datang bayar ye dok..

“Eh, cantiknya purse, baru ye?” kawan sorang lagi tanya.

Makna kata orang cam saya ni x ada purse dah lama!! Humang aihh..

Okey, saya tau..saya tau bahawasanya sudah 2 tahun saya x pernah ada beg duit yakni purse…dan saya hanya guna beg kecik berzip tepi kiri kanan yg berharga RM5 saya beli di MR DIY sejak dulu….segala kad atm, kad kredit, duit syiling, duit kertas semua sumbat dalam tu..

Entah, saya ni bukan jenis yg amek kisah sangat kot…walaupun saya sebenarnya peniaga handbag dan purse! Wakakakaka…

Semalam g lagi JUSCO Equine…maka encik somi cuit saya sambil cakap..” beli la satu purse” ..tau tau sebab beg kecik saya dah lunyai..hak hak! So amek ler satu!!

Disebabkan itu juga saya siap apply member’s card JJ untuk 3 tahun. Hamek ko! Wane ijo ada ladybird design card yg saya pilih! Hak hak hak! 

Thursday, 10 January 2013

REVIEW BLOG BERTUAH



:) :) :) 

Hari ini saya nak join segmen Blogger Nasriz buat. 
So kalau sesapa nak join leh ler click banner kat atas ye..:)

Terima kasih


JAYA JUSCO


Selamat pagi semua..

Disebabkan semalam teruja sebab dapat bonus, maka niat di hati nak membeli belahh untuk encik somi…Nak berbakti pada encik somi la kunun…hehehehe.:)

Maka semalam kami pi Jusco Maluri naik Belina Gondang ( itu nama motor baru kami,) setiap kenderaan kami ada nama  ..KOH KOH KOH!!!!  Kete saya nama Bekbi, kete encik somi nama Bokboy...motor kapcai kami nama Borhan Jantan.Borhan Jantan ni stock untuk merempit g keja balik keja nokksss.haaaa.em em em!! (sambil angkat kening)

Okey2 berbalik kepada pi Jusco, mula2 nak pi Jusco Equine je sebab tenang , kununnya…sekali sampai JUSCO Maluri mak aih dah macam pi pasar borong…siap dengan alat pembesar suara panggei customer supaya beli..upernya hari tu member card day..tapi saya bukan member ..

Saya apa lagi ..rembat dua helai t shirt kat encik somi..sales kaw kaw lagi…masa ni la nak beli..kalau harga x da diskaun x ada maknanya nak membeli sakan..ikut harga biasa hampir 3 ratus  untuk dua helai t shirt..tapi sebab sales kaw kaw iaitu 70 peratus..maka harga yg di bayar x  sampai rm100 pon…so kami pon balik dengan hati yg senang lenang dan bergondang sayang..ahaks!

Wednesday, 9 January 2013

BONUS

Tekejut cek bila cek akaun ada BONUS masuk!!! dah la surat tak der bg pape tahun n...selalu ada surat sekali tgk2 dalam akaun mak aih ada nyahhhh!!

mak gila sat nokkksss

Sekian!

RESIPI MAKARONI GORENG VERSI CIK INTAN


Bahan-bahan:
Dah tentu macaroni..x kan nak guna siput gondang pulak kan..
Minyak
Bawang merah/putih- dimayang halus
Cili (guna cili boh puteri pon ok..)
Kiub ayam
Kicap manis
Sos cili
Sos tomato
Garam
Gula
Telur dua biji
Serbuk lada hitam
Sayur (ikut selera nak tambah sayur apa)
Potongan ayam jika ada

Cara-cara:
  • Rebus macaroni. Jangan sampai terlalu lembik. Biar lembut2 pejal kasi toink2 toink bila makan nanti. Toskan. Letak tepi
  • Tumis bawang merah/putih hingga naik bau. Masukkan potongan ayam. Biarkan seketika, Kemudian, masukkan 3  hingga 4 sudu cili boh (ikut pada kuantiti macaroni anda).
  • Lepas cili dah pecah minyak sikit, masukkan telur.. Kacau. Lepas tu masukkan sos cili, sos tomato, kicap.
  • Masukkan garam, gula, kiub ayam. Rasa bagi balance okeh
  • Masukkan sayur. Gaul rata. Masukkan macaroni.  Kacau sehingga agak kering. Taburkan serbuk lada hitam sedikit.  Kacau lagi. dah masak angkat  ler..


Dah masak apa lagi ngap ler..hehehe..nak sedap buat telur dadar dan taburkan bawang goreng. Simple dan mudah kan?

Makaroni Goreng


Kawan2 ofis selalu juga order makan dengan saya. Dah lama saya berhenti penat masak, pastu diaorang tanya bila nak jual lagi.
Jadi hari ini saya masak macaroni goreng. Saya ambil dalam 5 order je. Penat nak ambil banyak-banyak. Dulu sekali masak kadang2 untuk 30 orang lebih..kawan2 ofis dengan budak2 warehouse sekali..fuh penat tau..sebab minat saya buat juga.

3  orang tambah telur dadar. 2 orang biasa. Semalam saya buat nasi, sambal tumis ikan bilis, dan telur dadar. Tahu saya bungkus cemana sebab kawan2 suka sangat saya bungkus macam ni. Depa kata sedap feel macam makan di kampung.Macam tu ada kaa?? KOH KOH

Surat khabar dan plastik .Bungkus. Kiranya lauk pauk tu dah bergumpal sekali dalam tu. Jadi sebati la rasa agaknya. Kadag2 depa minta saya buat ayam masak bla bla..so buat la..da depa tempah..

Pssstt:  Tingat zaman kecik, p kedai pagi beli nasi buh ayam seketul kuah campur2 , bungkus macam saya buat tu, makan memang syahduuuu…

Nanti saya bagi resipi nya okeh

MENANG TOP UP RM 5


Semalam saya menang Top Up RM 5 tau! Koh koh…sebab saya menang teka terpantas teka berapa nilai duit syiling lama ..Tak sangka tau! Serius tak sangka..Masa dapat tau menang , memang terkejut jatuh kerusi , bangun naik duk balik..koh koh..first time nih menang tu jadi excited terlebih tu..

Terima kasih kepada Blogger Deqla Manjew sebab bagi hadiah best nih! Love you! Sapa nak kenal beliau click ler  gambar atau perkataan yg dihighlightkan ya..x rugi kenal beliau