Followers

Thursday 24 November 2011

Persiapan duniawi dan ukhrawi

     Sudah lama juga rasa x tulis entry dalam blog. hari ni kembali menulis. Sangatlah busy dengan kerja dan part time bisnes. Kali ini saya ada buat ayam masak merah seperiuk dengan nasi putih. Ada kawan2 ofis order. Kadang2 buat nasi lemak, mihun goreng, mi goreng..depends on mood juga.. Rasa malas x buat lah. Memasak ni salah satu hobi saya juga. Alang2 , maka saya manfaatkanlah untuk jual pada kawan2. Kawan2 semua bagi sokongan mora. So apa lagi, seronoklah...:) Kadang2 nak harap gaji ja, x cukup. Kena buat persediaan juga untuk hari tua. Saya duk fikir juga, sampai bila saya harus kerja ja dengan orang. Xkan sampai ke tua. Kalau yang keja gomen takperlah sebab ada pencen..huuhu..macam saya kerja swasta, kena beringat untuk masa hadapan..hehe..banyak benda yang perlu dibuat. Namun persiapan akhirat juga jangan lupa.jangan kejar dunia sahaja..nanti akhirat melopong..kan kan...:)

Monday 14 November 2011

Daun Lemuni

gambar diambil dari Google
          Pernah dengar nama daun lemuni? Dulu masa saya kecil, halaman rumah saya ada arwah ayah tanam pokok lemuni. Warna daun macam nak purple and green .Sekarang dah tak ada dah pokok tu. Dah lama dah arwah ayah tebang. Walaupun pahit namun banyak juga khasiat daun lemuni ni. Daun lemuni ni sinonim dengan perubatan tradisi orang Melayu.Dikatakan air rebusan daun lemuni yang muda boleh mengubati muntah darah. Arwah ayah dulu pernah mandi dengan air rendaman daun lemuni. Dikatakan juga jika kita mandi dengan air rendaman daun lemuni ni, boleh memulihkan anggota badan yang lemah.
           Selain tu, nasi daun lemuni pon sedap tau. Saya tak tahu resipinya namun masa kecil dulu juga, pernah makan nasi daun lemuni kakak buat. sedap sangat! Makan dengan ayam masak merah atau sambal ikan bilis yang pedas tu! Fuh! Memang menjilat jari. Apapun, banyak lagi khasiat2 yang boleh kita temui dan kaji yang terdapat di muka bumi ini. Allah Maha Besar!

Monday Blues

         Hari ini Isnin. Memang Monday blues betullah kalau kena kerja. Kalau cuti dan duduk rumah, memang bersemangat ja rasa. Erm, hari ini pula big boss tak datang kerja. Lagi la liat rasanya...huhuhu.. Kerja editing memang xkan  habis.Never ever. Setiap masa ja penuh. My eyes dah bling bling sudey.. Berpinau-pinau pandang huruf. Mana tidaknya, Nak kena cek tatabahasa, punctuation, dan banyak lagi lah. Nak buat buku untuk pelaja2 sekolah kena la betul2. Mana boleh main taram je. Kena complaint oooooowhhh kalau salah. Ibu bapa sekarang bukan macam zaman dolu-dolu. Bila bos ada kena la rajin kerja. Wakakaka..Gelak jahat.:P
         Start bulan ni sampai bulan depan lak, weekend ja penuh dengan jemputan kenduri kahwin. Dari KL, Negeri Sembilan sehinggalah ke Kedah. Kat Bahau, Negeri Sembilan kenalah pergi sebab masa kenduri kahwin saya, dia antara orang yang banyak tolong saya..dan sekarang turn dia pula kahwin. Dan didoakan juga semoga pasangan yang telah dan bakal mendirikan rumahtangga akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin!
         Lunch hour tadi, saya ambik peluang update koleksi baju2 kat page FB saya. Biasalah part time bisnes on9.  hahah...Jika anda nak lihat pelbagai koleksi dari dress, kaftan, handbag, baju kanak2 dan lain2 lagi boleh la layari di http://www.facebook.com/pages/Koleksi-TanTinTun/285722334772671...Boleh LIKE sekali..jika nak lah..bukan paksa pon.:P 

Sunday 13 November 2011

Mana Satu yg Anda Fikir Betul?

Mari kita belajar Tatabahasa sekejap, saja2 relaks kan minda. :)

PENSIL   @      PENSEL?

PASAR RAYA  @   PASARAYA ?

DI KALANGAN    @     DALAM KALANGAN ?

KERETA API   @    KERETAPI ?

BANDAR RAYA  @  BANDARAYA?

MOTORSIKAL   @  MOTOSIKAL?

Jangan Membazir ya....:)

Ni lah hasilnya. Ayam Masak Serai Kicap dan Cili Kering.
        Apa kaitan tajuk di atas dengan entry yang bakal saya buat ni? hehe..serius ja bunyinya kan? tapi sebenarnya nak citer malam ni saya masak per je..haha...Sebelum tu saya ada buat sup ayam dan makan dengan mi..kira mi sup la jadinya...lepas tu pagi tadi ada lagi lebihan daging ayam dalam sup tu. Kuahnya dah tak ada dah jadi saya fikir boleh ambil isinya dan buat masakan lain. Saya ambil dan toskan isinya. Lepas tu potong bawang putih, bawang merah, cili kering, halia dan serai. Lepas tu  tumis sehingga naik bau. Lepas tu masukkan ayam tadi. Biar seketika.Kemudian, masukkan sedikit kicap, sos cili, gula dan garam. Kacau. Selepas dah sebati dan biar seketika. Tutup api dan hidangkan! haaaa... jangan membazir..hehe.. sebab ada lagi orang-orang yang terpaksa berlapar sebab kebuluran.:)

Wednesday 9 November 2011

I LOVE MY KAMPUNG

Pinjam dari Google
      Bila aku dilahirkan ke dunia, aku rasa dunia yang aku kenal, dunia inilah...bagiku inilah tempat yang terbaik dan paling tenang dalam hidup aku. Kampung Sungai Yan, Yan Kechil, Yan Kedah. Pernah dengar Gunung Jerai?? Gunung Jerai tu betu-betul di belakang rumah aku. Ada sawah padi. Ada batas ban . Best. Dulu-dulu lepas orang menuai, kami ramai2 akan turun ke sawah, sebab sawah masa tu penuh dengan ikan.Ada ikan haruan, puyu. Kami budak2 la paling seronok. . Ada yang mengail ikan. dan paling best guna tin biskut yang besar tu untuk tangkap (serkup) ikan. Haa...pengalaman indah wooo...Orang-orang tua memang terror guna tin biskut ni utk tangkap ikan.
Pantai Murni ketika senja -pinjam dari google images
    Kampung  Sungai Yan ni dikelilingi oleh laut, gunung, sawah padi, air terjun..bak kata orang lengkap la...kalau laut tu, boleh ke Pantai Murni, Yan Besar. Kat sana boleh bawa keluarga lepak2, makan,tengok Pulau Dayang Bunting, Telor, Songsong, Bidan. Kalau di Kampung Kuala Sungai Yan, situ tempat nelayan2..dan banyak bot-bot nelayan di situ. Kalau nak cari makanan laut,ikan kering, sotong kering, keropok ikan, belacan, dan lain2 lagi, boleh ke Tanjung Dawai. Dari situ juga boleh naik bot ke Pantai Merdeka.. Dekat sangat.
     Walaupun umah aku betul2 belakang Gunung Jerai, namun apa yg melucukan aku x pernah naik ke puncak. tapi kat atasnya memang lawa.  Kalau ke Yan, jangan lupa untuk bermandi manda di sana. Banyak kawasan air terjun. Kalau yg datang dari jauh, banyak chalet2 yang menanti. boleh pilih..hehe.. Air terjun Batu Hampar (kat sini ada rumah penginapan Sultan Kedah) , Air tejun Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi,. Selain tu , barang siapa yang nak mengeluarkan peluh boleh naik Tangga Kenari. Haaa...berpeluh x hingat punya.. Dulu Kampung di daerah Yan, x silap Kampung Raga pernah memenangi sungai terbersih, tak ingat la pula peringkat apa...tapi dulu kecik2 selalu ronda2 sana..cantik2 rumah dan kawasan persekitaran kat situ..sekarang tataula cemana..dah lama x pernah pi dah.
         

Tuesday 8 November 2011

Cucuq Labu

       Teringin nak makan cucuq yang lain sikit maka sy dengan skill yang tak seberapa duk mikir nak buat cucuq apa..bila tgk labu ja, terus nak buat cucuq labu. Bahan-bahan yang digunakan, senang ja:
ni cucur labu saya



  • Labu- potong kecil2..
  • tepung gandum
  • tepung jagung
  • garam dan gula
  • gula
  • sos cili - sebagai bahan pencicah

    kalau sesiapa nak cuba bolehla..modify2 la sendiri kalau nak lebih sedap..mana la tau kot2 nak tambah apa2 lagi dalam bahan2 tadi..

    Sambal Tumis Udang Kering.Yum Yum...hehe

            Salam semua...erk bab resipi ni kira boleh juga kot masuk blog ni ,,haha..walau khusus untuk pengalaman dan kenangan..haha..kira kenangan memasak la kot...ngee:P .. Saja2 buat untuk makan dengan nasi panas...Bahan2nya simple ja :
    sambal tumis udang kering
             

    • bawang merah 
    • bawang putih
    • cili kering
    • udang kering
    • garam/gula/pak aji sikit je
    • asam keping kalau nak buh ler..x nak pon x per
    • air asam jawa

    Lepas tumis bawang merah, putih, dan naik bau..masukkkan garam, gula, dan pak aji...pastu masukkan udang kering yg telah dibasuh. pastu masukkan air asam jawa sikit.asam keping x buh pon x per...pas da betul2 masak...dan pecah minyak...hidangkan..:)